Samsung Dilaporkan Akan Menawarkan Peranti Galaxy A Dengan Skrin LCD
Galaxy A ialah peranti kelas pertengahan Samsung yang menawarkan beberapa ciri premium seperti skrin SAMOLED, pengecasan pantas, USB-C dan kemampuan kalis air. Ini memberikannya sedikit kelebihan berbanding peranti pesaing yang tidak menyertakan semua fungsi yang sama. Tetapi menurut laporan ETNews, Samsung mungkin akan mengembalikan skrin LCD pada Galaxy A bagi membolehkan ia bersaing dengan peranti keluaran China yang dijual pada harga lebih mampu milik.
Peranti Galaxy A50 dan Galaxy A60 dipercayai adalah dua peranti dengan skrin LCD. Skrin OLED akan dikekalkan pada Galaxy A30, Galaxy A40, Galaxy A70 dan Galaxy A80. Rantau Asia Tenggara dan India adalah negara sasaran untuk Galaxy A50 dan Galaxy A60 kelak.
Di dalam laporan yang sama, Samsung dikatakan akan memperkenalkan semula peranti Galaxy M yang sudah tujuh tahun tidak dihasilkan. Ia adalah pengelasan semula semua peranti Galaxy J, Galaxy ON dan Galaxy C. Bermula tahun hadapan Galaxy F adalah untuk peranti super premium contohnya dengan skrin boleh dilihat. Galaxy S untuk peranti premium biasa, Galaxy A untuk separa premium dan Galaxy M untuk peranti popular.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2DivvAS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment