Kes Pelanggaran Paten BlackBerry Dan Nokia Kini Selesai
Pada Februari tahun lepas, BlackBerry telah memfailkan saman terhadap Nokia atas pelanggaran paten. Pelanggaran paten ini adalah berdasarkan piawaian rangkaian yang digunakan Nokia. BlackBerry pada pemfailan mereka mengatakan produk Nokia telah melanggar 11 paten yang difailkan oleh BlackBerry.
Kini, kes ini telah selesai. Tetapi, tiada sebarang informasi mengenai apa yang BlackBerry dan Nokia telah janjikan antara satu sama lain. Cuma apa yang pasti, piawaian rangkaian ini dikatakan adalah dalam standard 3GPP dan tiada sebarang saman boleh dikenakan.
Bagi yang tidak jelas mengenai isu ini, paten yang dilanggar oleh Nokia adalah pangkalan stesen Flexi Multiradio, kawalan rangkaian radio, dan perisian Liquid Radio yang melanggar sejumlah 11 paten. Selain itu, BlackBerry turut meminta Nokia untuk membayar pampasan dan royalti – tetapi jumlahnya tidak diumumkan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2DBxnWn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment