Pembaca Berita Maya Dengan Kecerdasan Buatan Mula Digunakan Di China
Kami membesar menonton berita yang dibacakan oleh Allahyarham Mahadzir Lokman, Wan Zaleha Razdi dan Farid Ismeth. Malang sekali kesemua personaliti legenda ini tidak lagi bertugas di kaca TV dan digantikan dengan muka baru. Akibatnya jumlah penonton boleh menjunam kerana anchor ditukar. Di China masalah ini mungkin akan dapat diselesaikan menggunakan kombinasi grafik komputer dan kecerdasan buatan.
Agensi berita Xinhua memperlihatkan pembaca berita maya mereka yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan. Wajah pembaca berita Zhang Zhao dijadikan model untuk menghasilkan versi maya mereka. Teknologi kecerdasan buatan membolehkan mereka membaca berita dengan tona suara yang lebih semula jadi. Menurut Xinhua, pembaca berita maya boleh bertugas selama 24 jam tanpa henti. kenal erti penat dan bercuti kerana sakit.
Di atas kertas ia adalah inovasi yang menarik tetapi adalah langkah pertama menghapuskan kerjaya pembaca berita manusia di masa hadapan. Jika digabungkan dengan kecerdasan buatan yang menggantikan tugas wartawan seperti yang dibangunkan Google akan mengakibatkan penulis seperti kami menganggur dalam masa terdekat.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FgHC3L
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment