Apple Mempatenkan iPhone Yang Boleh-Dilipat
Telefon pintar boleh lipat dikatakan adalah trend peranti untuk tahun hadapan. Melalui peranti yang boleh lipat ini, ia menggunakan sebaik mungkin panel OLED yang kita semua sedia tahu adalah sejenis panel yang fleksibel. Huawei, LG, Microsoft, ZTE dan Samsung sudah pun dilihat berada di peringkat pembangunan untuk hadir dengan telefon pintar yang sedemikian.
Kini, Apple dilihat turut ingin sertai trend ini. Apple rupanya sudah pun daftar paten iPhone yang boleh dilipat ini sejak bulan Mac lagi, hanya kini ia diterbitkan secara awam. Melalui paten oleh Apple ini, ia memperlihatkan peranti yang boleh dilipat secara ke dalam dan/atau secara ke luar.
Kemudian, Apple dilihat akan menggunakan sejenis lapisan cecair polimer untuk mengukuhkan skrin peranti dan kekalkan kekuatannya. Ini hanyalah paten awal daripada Apple, tidak pasti jika Apple akan keluarkan peranti ini. Tetapi jika ya, Apple mungkin akan gunakan panel Samsung Infinity Flex Display – kerana sejak iPhone X hingga iPhone yang terkini, Apple sudah gunakan panel OLED Samsung.
Agak menarik untuk lihat Apple turut mengikuti trend peranti boleh lipat. Jika Apple mula gunakannya, pasti akan lebih banyak pengeluar akan ikut.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Q3t9bG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment