Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bancian Memperlihatkan Lebih Ramai Pengguna Android Ke iPhone Sejak iPhone XR Dilancarkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bancian Memperlihatkan Lebih Ramai Pengguna Android Ke iPhone Sejak iPhone XR Dilancarkan

Pelbagai laporan sejak beberapa bulan lepas mengatakan Apple iPhone XR tidak begitu laku dan sebagainya. Namun, kini melalui bancian yang dilakukan oleh firma Consumer Intelligence Research Partners (CIRP) di Amerika Syarikat seperti memperlihatkan petanda yang sedikit berbeza.

Menurut bancian yang dikeluarkan, ia dikatakan sejak iPhone XR dipasarkan, ia lebih menarik pengguna Android berbanding tahun sebelumnya.

Bancian berkenaan memperlihatkan sekitar 16% daripada responden menaik-taraf dari Android ke iPhone dalam tempoh 30 hari sejak iPhone XR dilancarkan. Ia memperlihatkan peningkatan berbanding tahun lepas yang mana sekadar 12% sejak iPhone 8 dipasarkan, atau 11% sejak iPhone X dipasarkan.

Angka ini adalah berdasarkan bancian yang dilakukan dikalangan sejumlah pengguna di Amerika Syarikat.

Apple iPhone XR sendiri menawarkan pelbagai ciri-ciri premium, tetapi dipasarkan pada harga sedikit rendah berbanding iPhone XS. Ia turut hadir dengan pelbagai warna pilihan berbeza berbanding iPhone sebelum ini. Malah, Apple juga aktif memasarkan peranti ini berbanding peranti iPhone XS atau XS Max pada tahun ini.

Laporan bancian ini juga dilihat selari dengan perkongsian pihak Apple sebelum ini, mengatakan iPhone XR adalah yang paling laku sebelum ini.

Bagi anda, adakah anda rasa perkara sama juga berlaku di Malaysia? Atau ia hanya dibeberapa negara sahaja yang mana iPhone XR ditawarkan pada harga kompetitif?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2ERrunp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.