Hi! Welcome Back and Stay Tune! LG Mengumumkan Soundbar Pintar Dengan Google Assistant Terbina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LG Mengumumkan Soundbar Pintar Dengan Google Assistant Terbina

Tahun 2019 sudah hampir dan CES untuk 2019 akan hadir tidak lama lagi. LG dilihat seperti fokus untuk set hiburan di rumah kali ini , kerana tiada lagi ura-ura atau tirisan mengenai peranti LG yang seterusnya. Beberapa hari yang lepas, LG telah mengumumkan projektor CineBeam jarak lontaran pendek 4K 90-inci.

Hari ini, LG mengumumkan satu soundbar pintar pula. Soundbar pintar dari LG ini hadir dengan Google Assistant terbina. Dengan kerjasama bersama-sama Meridian Audio, LG hadir dengan tiga jenis soundbar berkualiti tinggi dan premium. Tiga soundbar tersebut adalah SL10YG, SL9YG, dan SL8YG. Ketiga-tiga soundbar ini menggunakan teknologi saluran audio baru yang menjadikan hasil bunyi itu lebih imersif. Kemudian, hasil bunyi tadi turut menaik taraf clarity vokal dan bunyi instrumen.

Dengan soundbar yang mempunyai Google Assistant terbina, ia turut akan berfungsi sebagai pembesar suara pintar untuk mengenalpasti muzik, mengawal rumah pintar dan banyak lagi. Butiran lanjut seperti spesifikasi penuh dan harga akan diketahui pada CES 2019 kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2VarN2y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.