Hi! Welcome Back and Stay Tune! Helikopter Prototaip Sikorsky-Boeing SB>1 Defiant Diperlihatkan Dengan Rekaan Dua Kipas Bertingkat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Helikopter Prototaip Sikorsky-Boeing SB>1 Defiant Diperlihatkan Dengan Rekaan Dua Kipas Bertingkat

Secara tradisinya sebuah helikopter mempunyai satu kipas utama pada bahagian atas dan satu lagi pada bahagian ekor. Rekaan ini mempunyai kelemahan di mana kelajuan maksimum helikopter terbatas dan kehilangan kuasa pada kipas ekor boleh mengakibatkannya hilang kawalan. Rekaan dua kipas bertingkat menyelesaikan masalah ini tetapi rekaannya jarang sekali dilihat kerana sistem gear yang rumit.

Tahun lalu rekaan konsep Sikorsky-Boeing SB>1 Defiant diperlihatkan bagi mendapatkan kontrak membangunkan helikopter Future Vertical Lift (FVL)  bagi keperluan tentera Amerika Syarikat. Gambar prototaip pertama SB>1 ini telah dikongsi oleh pihak Sikorsky-Boeing pagi ini.  Selain menggunakan kipang bertingkat, sebuah lagi kipas penolak diletakkan pada bahagian ekor bagi menghasilkan tujahan ke hadapan. Kesemua roda boleh disimpan bagi meningkatkan aerodinamik pesawat.

Prototaip yang diperlihatkan ini ialah versi pengangkut infantri yang memerlukan empat anak kapal dan mampu membawa 12 anggota tentera. Terdapat sebuah lagi versi SB>1 yang berfungsi sebagai helikopter tempur. Syarikat yang berjaya mendapat kontrak FVL akan menggantikan helikopter UH-60 Black Hawk, AH-64 Apache, CH-47 Chinook dan OH-58 Kiowa yang kini sudah agak berusia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Q7WTUE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.