Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rangka Komputer Cooler Master H500 Kini Di Pasaran Malaysia – Rangka Dengan Ciri Modular Tidak Rumit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rangka Komputer Cooler Master H500 Kini Di Pasaran Malaysia – Rangka Dengan Ciri Modular Tidak Rumit

Rangka komputer modular nampaknya semakin popular kebelakangan ini, dengan pembina komputer ramai inginkan sesuatu yang boleh diubahsuai untuk membina sebuah komputer yang unik.

Cooler Master baru-baru ini membawa masuk rangka komputer modular Cooler Master H500 ke pasaran Malaysia, dan ia dipasarkan sebagai sebuah rangka komputer modular yang kurang rumit berbanding dengan model H500P yang dilancarkan sebelum ini.

Rangka H500 ini dilengkapi pilihan dengan panel depan yang lutsinar ataupun mempunyai jaringan untuk astetik ataupun pengaliran udara yang lebih cekap, dua kipas 200mm dengan kawalan lampu RGB, sokongan radiator bersaiz 360mm dan panel tepi kaca terbaja yang membolehkan pengguna melihat komponen komputer di dalam.

Rekaan rangka H500 ini juga dikemaskini, misalnya panel tepi hadir dengan skru yang tidak boleh ditanggalkan untuk mengelakkan daripada skru-skru tersebut hilang apabila ia dibuka, dan juga talam SSD dan cakera keras yang tidak memerlukan alat untuk dibuka, dan boleh dimasukkan ke dalam ruangan getah untuk mengelakkan daripada cakera-cakera tersebut bergerak,

Menurut Cooler Master Malaysia, rangka Cooler Master H500 ini sudahpun tiba di pasaran tempatan pada harga RM399.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Vf8chz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.