Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tumblr Kini Boleh Diakses Di Indonesia Selepas Kandungan Pornografi Dibuang Dari Laman Tersebut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tumblr Kini Boleh Diakses Di Indonesia Selepas Kandungan Pornografi Dibuang Dari Laman Tersebut

Indonesia, yang dikenali untuk undang-undang pornografi yang sangat ketat telah menghalang akses ke laman web Tumblr awal tahun ini kerana laman web tersebut mempunyai kandungan pornografi yang tidak disekat.

Baru-baru ini, Tumblr telah membuang semua kandungan pornografi di laman tersebut, dan telah membuat pengumuman bahawa mereka tidak akan membenarkan sebarang kandungan pornografi, termasuklah imej, video ataupun GIF untuk ditunjukkan di platform tersebut.

Dengan penukaran polisi Tumblr, Kementerian Komunikasi dan Informatika Republik Indonesia (Kominfo) juga telah mengumumkan bahawa laman web tersebut kini diangkat sekatannya di Indonesia.

Tumblr bukanlah laman web pertama yang disekat aksesnya di Indonesia. Reddit dan Vimeo juga tidak boleh diakses di Indonesia kerana keengganan mereka menyekat kandungan pornografi di laman-laman web mereka sehingga kini.

Isu kandungan pornografi yang sama ini menyebabkan aplikasi Tumblr turut diharamkan dari laman aplikasi Apple App Store baru-baru ini, yang berkemungkinan besar menyebabkan Tumblr mengambil langkah untuk mengharamkan kandungan pornografi tersebut,



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2ESrbcZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.