Awas ! Jangan Melepak Di 5 Pokok Kegemaran Jin dan Syaitan ini Terutama di Waktu Senja
Ada Anak Jiran Yang Mahu Membuang Air Kecil Di Pangkal Pokok. Namun Dia Terpandang Lelaki Tua Berjanggut Panjang Di Hadapannya. Ada Juga Mereka Terjumpa Lelaki Berserban. Kata Orang Mereka Itu Jin Islam Dan Tak Suka Pada Kekotoran. Sebab Itulah Bila Ada Yang Ingin Buang Air Besar Atau Kecil Di Pokok ini, Makhluk Ini Memunculkan Diri. 🙁
Tempat tinggal manusia sudah tentunya di rumah. Tapi korang tahu tak di mana makhluk halus tinggal?
Ramai yang kata rumah kosong atau lama ditinggalkan antara tempat disukai oleh makhluk halus ini. Selain itu biasanya mereka membentuk komuniti di muara sungai, kuala laut, gunung-ganang, hutan tebal, tanah perkuburan termasuklah di pokok-pokok besar.
Tahu Tak, Ada Lima Spesis Pokok Menjadi Kegemaran Makhluk Misteri Ini “Melepak” Atau Bertenggek. Awas Bila Lalu Di Tepinya. Cuba Semak Pokok Manakah Yang Berdekatan Dengan Tempat Tinggal Korang Dan Pernah Tak Alami Kejadian Misteri Bila Lalu Di Bawahnya?
Bacakan juga perkongsian dari Pak Din, 79 tahun yang pernah mendirikan rumah di bawah pokok pulai selama enam tahun hingga lekat gelarannya dengan panggilan Pak Din Pulai. Beliau yang juga seorang penggali kubur di Bukit Kerinchi C2, Pantai Dalam berkongsi mengenai spesis-spesis pokok yang sering menjadi tumpuan makhluk halus menenggek.
Pokok Pulai
Pokok Pulai yang tumbuh di tanah perkuburan Islam Bukit Kerinchi C2
Pokok ini boleh hidup lebih dari 100 tahun. Yang ada di tanah perkuburan tempatnya menggali sekarang sebanyak tiga batang dan berusia lebih 100 tahun. Kiranya sejarah Pantai Dalam lebih kurang sama dengan “nyawa” pokok pulai ini.
Ada lubang yang kekal misteri di pangkalnya. Lubang itu mampu tembus pandang dari arah hadapan, seperti dikorek di batangnya yang tegak tinggi. Bila pembakaran sampah dilakukan, asapnya naik hingga ke puncak. Misterikan!
Lubang di pangkal pokok pulai ini mencetuskan pertanyaan- Pak Din
Tidak seperti pokok lain perlu ditanam, pokok pulai tidak tumbuh sembarangan tempat ya. Dalam hutan tak ada sama sekali. Ia banyak dijumpai di tanah-tanah perkuburan sahaja.
Dengan ketinggian lebih 30 kaki hingga pihak Bomba pernah menolak untuk menebangnya, kata Pak Din, ada orang kampung pernah terlibat kuda putih terbang melintasi puncak pokok ini.
“Saya tak diberi keizinan melihat. Tapi kalau mereka menipu, tipulah juga saya. Tapi seperti dihebohkan, begitulah,” katanya yang punya banyak pengalaman hidup.
Kalau pokok beringin menjadi lokasi hantu suka bertenggek, pokok pulai ini khabarnya hanya disukai jin Islam sahaja.
“Pernah Satu Kejadian Zaman Dahulu, Ada Anak Jiran Yang Mahu Membuang Air Kecil Di Pangkal Pokok. Namun Dia Terpandang Lelaki Tua Berjanggut Panjang Di Hadapannya. Ada Juga Mereka Terjumpa Lelaki Berserban. Kata Orang Mereka Itu Jin Islam Dan Tak Suka Pada Kekotoran. Sebab Itulah Bila Ada Yang Ingin Buang Air Besar Atau Kecil Di Pangkalnya, Makhluk Ini Memunculkan Diri.
Sama seperti spesis pokok lain, pokok pulai akan berdaun, berbuah dan berbunga.
“Bila daun gugur, maka pokok akan mulai berbuah diikuti berbunga. Burung-burung suka makan buahnya yang panjang-panjang itu. Buahnya kelihatan seperti kacang botol nipis,” katanya sambil menunjukkan pangkal pokok yang tembus pandang itu.
Pokok Beringin
Sebagai orang lama yang punyai banyak pengalaman ditambah tugasnya sebagai penggali kubur, kata Pak Din, pokok beringin sangat disukai oleh spesis hantu Pontianak. Kata orang, akar-akar pokok beringin ini menjadi “mainan buaian” kepada Cik Ponti ini yang menanti untuk menyakat orang yang lalu lalang di kawasan sekitarnya.
Cik Ponti sukakan menetap di pokok Beringin – Gambar sumber internet
Pokok beringin memang banyak ditanam di negara kita. Paling banyak di tepi Muzium Negara di ibu kota kerana ia mampu meneduhkan kawasan. Ada yang besar tetapi banyak juga telah ditut untuk mencantikkan kawasan di tepi-tepi jalan.
Nak Kenal Pokok Ini Pun Mudah Saja. Akarnya Kelihatan Berjuntai-Juntai Hingga Ke Tanah. Nak Tanam Pun Mudah, Ambil Dahannya Sedikit, Cucuk Di Tanah. Biarkan Begitu Saja. Selepas Tu, Pokok Ini Akan Membesar Dengan Sendiri Tanpa Perlu Dibaja. Tapi Kalau Korang Takut Terserempak Cik Ponti Menyanyi-Nyanyi, Abaikan Sajalah Tanaman Ini Ya.
Pokok Ara
Spesis pokok ini disebut juga sebagai ficus merupakan genus untuk kira-kira 800 spesis pokok berkayu, pokok renek dan pokok menjalar dalam family Moraceae.
Tahu tak, pokok ara ini biasa jadi tempat pemujaan orang nak minta nombor ekor, tempat buang saka, pemujaan dan banyak lagi. Tak tahulah kalau ada yang cuba buang anak di sini.
Pokok Ara menjadi “penginapan tetap” makhluk halus- Gambar sumber internet
Sebab itulah, hantu jenis langsuir, Pontianak dan hantu tinggi sering menjadikan pokok Ara sebagai rumah mereka
Pokok Bunga Cempaka
Michelia alba atau lebih dikenali dengan nama Cempaka putih adalah sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter. Cempaka memiliki tiga spesis dengan warna bunga yang berbeza iaitu warna putih, warna kuning dan warna merah. Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.
Ini bunga cempaka putih yang menarik kehadiran tuan puteri jelita
Pokok Bunga Cempaka Ini Biasanya Dikaitkan Dengan Kehadiran Tuan Puteri Yang Cantik Jelita, Tuan Puteri Cempaka Sari Yang Berpakaian Serba Putih Labuh Menutup Kaki. Kehadirannya Dapat Dikesan Dengan Bau Semerbak Wangi. Jadi Kalau Terhidu, Kompom Bulu Roma Tegak Berdiri.
Pokok cempaka kuning yang tumbuh meliar di hutan
Pokok Harum Sundal Malam
Awas jangan terpedaya dengan wanita berwajah cantik, berambut panjang hingga ke pinggang. Senyumannya manis sangat memikat hati. Tapi kalau pandang ke bawah, anda akan dapati, tubuhnya di awang-awangan tanpa kaki. Itulah Cik Pontianak yang suka mendekati Pokok Harum Sundal Malam.
Bunga harum sundal malam yang wangi menarik perhatian Cik Ponti – pix sumber internet
So hati-hatilah ya. Bukan nak takut-takutkan tapi kena terserempak, paling penting jangan lupa sebut nama Allah!
The post Awas ! Jangan Melepak Di 5 Pokok Kegemaran Jin dan Syaitan ini Terutama di Waktu Senja appeared first on Kaki Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2WlmJsK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment