Google Dijangka Menyertakan Sokongan Seumpama Face ID Secara Terbina Pada Android Q
Google telah pun sedia menjadualkan acara Google I/O pada bulan Mei kelak, dimana pada acara berkenaan, gergasi internet berkenaan dijangka memperkenalkan sejumlah perkara baru – termasuk berkaitan dengan Android Q.
Kini, selari dengannya, beberapa ciri-ciri baru yang dijangka hadir telah pun mula kelihatan melalui versi pembangunan Android Q.
Melalui XDA-Developers, salah satu ciri yang dijangka hadir pada Android Q ini adalah sokongan integrasi pengimbas wajah secara terbina, lebih kurang seumpama Face ID. Dengan pengenalan ini, ia sekaligus akan menjadikan sokongan pengimbas wajah ini lebih berguna berbanding implementasi pada peranti hari ini.
Seperti ramai sedia maklum, terdapat sejumlah pengeluar peranti Android yang menyertakan sokongan pengimbas wajah pada peranti keluaran mereka. Ini dilaksanakan dengan membuat ubah-suai pada kod berkenaan, dan bukannya disertakan secara terbina pada Android. Ia sekaligus menjadikan integrasi pengimbas wajah tidak menyeluruh seperti terdapat pada sistem iOS.
Sekiranya Google mengintegrasikan sokongan ini secara terbina pada Android Q, kita mungkin akan turut dapat melihat sokongan pengimbas wajah bukan untuk hanya nyah-kunci peranti, tetapi juga untuk pengesahan pembayaran, pengesahan aplikasi dan sebagainya. Seperti biasa, mungkin Google turut akan menetapkan spesifikasi minima yang diperlukan untuknya, selain sensor-sensor yang disokong mereka.
Sama-sama kita nantikan Google I/O 2019 ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang akan dibawakan oleh Google.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Wmsc2t
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment