Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Solat Dhuha Dan Ganjaran Besarnya (Memang POWER) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Solat Dhuha Dan Ganjaran Besarnya (Memang POWER)

Ada orang meniaga Teh Hijau Thai di tepi jalan rumah Paklong untung bersih sehari rm400, ada lagi 2 warung jual benda sama di situ tapi warung dia saja penuh orang. Paklong jumpa dia senyap-senyap nak tanya apa ayat pelaris dia , Bomoh mana dia pakai, rupanya dia kata dia dah 13 tahun tak tinggal solat Dhuha, terduduk Paklong kat situ jugak huhu. 🙂


Hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya):

“Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. Untuk itu, setiap tasbih itu adalah sedekah, tiap-tiap tahmid adalah sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah.

Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah. Semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.”

Solat Dhuha lebih dikenali sebagai solat untuk mendapat rezeki yang banyak yang biasanya ditafsirkan dari segi material.

Jarang-jarang orang mengaitkannya sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hamba-Nya sedangkan solat Dhuha mempunyai lebih banyak kelebihan dan bukan hanya untuk mendapatkan harta dunia semata-mata.

Rasulullah SAW pernah berpesan agar tidak meninggalkan solat Duha sebagaimana yang dinyatakan daripada Abu Hurairah r.a. yang mana berkata (maksudnya);

“Saya telah dipesan oleh junjunganku (Nabi Muhammad SAW) tiga macam supaya tidak saya tinggalkan sehingga mati. Iaitu puasa tiga hari tiap-tiap bulan dan solat Duha dan tidur sesudah Witir.” (Riwayat al-Bukhari)

Mengapakah Rasulullah amat menggalakkan umat Islam menunaikan solat Dhuha walaupun ia bukan satu kewajipan?

 

Ini kerana solat Dhuha memberikan kita kebaikan-kebaikan berikut:

i. Seolah-olah seluruh anggota melakukan kebaikan

Riwayat daripada Abu Zar r.a., Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

“Setiap pagi, semua anggota sendi kamu menampilkan amal sedekah. (Untuk melunaskan kewajipan itu, ketahuilah) Bahawa setiap tasbih merupakan sedekah, setiap tahmid merupakan sedekah, setiap tahlil merupakan sedekah, setiap takbir merupakan sedekah, amar makruf merupakan sedekah, nahi mungkar merupakan sedekah.

Namun semua itu terangkat dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.”

(Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim)

ii. Tidak akan termasuk dalam golongan yang lalai.

Riwayat daripada Abu al-Darda’ r.a., Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

“Sesiapa yang solat Duha dua rakaat nescaya dia tidak ditulis dalam kalangan orang yang lalai. Sesiapa yang solat Dhuha empat rakaat nescaya dia ditulis dalam kalangan Abidin (ahli ibadah). Sesiapa yang solat Dhuha enam rakaat nescaya dia dilindungi Allah pada hari tersebut.

Sesiapa yang solat Dhuha lapan rakaat nescaya Allah menulis baginya di dalam kalangan Qanitin (sentiasa berdiri untuk beribadat) dan sesiapa yang solat Dhuha dua belas rakaat nescaya dibinakan sebuah istana baginya dalam syurga.

Setiap hari siang dan malam Allah mengagih-agihkan kurnia-Nya kepada hamba-Nya. Tiada kurniaan Allah ke atas seorang hamba-Nya lebih baik daripada keupayaannya yang sentiasa berzikir kepada Allah.”

(Riwayat al-Tabrani)

iii. Dipelihara Allah SWT

Daripada Nu’aim bin Hammar r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Firman Allah SWT (maksudnya):

“Wahai anak Adam jangan malas kepadaku untuk mengerjakan empat rakaat (Duha) pada awal siang. (Jika engkau laksanakan) nescaya Aku pelihara kamu pada petang hari tersebut.” (Riwayat Abu Daud)

iv. Dosanya dihapuskan

Daripada ‘Uqbah bin Amir r.a., bahawa Baginda berkata (maksudnya):

“Sesiapa yang pergi – ketika matahari sedang naik – berwuduk dengan sesempurnanya kemudian menunaikan solat dua rakaat nescaya akan diampun baginya segala dosanya. Dia menjadi (bersih dosanya) seperti budak yang baru dilahirkan ibunya.” (Riwayat Abu Ya’la)

v. Doanya diperkenankan oleh Allah SWT

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa dia melihat Rasulullah SAW melakukan solat Duha lapan rakaat, setelah selesai Baginda bersabda (maksudnya):

“Saya telah menunaikan solat dengan penuh harapan (khusyuk) dan rasa takut (kepada Allah). (Setelah selesai solat) saya berdoa memohon kepada Tuhanku tiga perkara dan diperkenankan. (Dalam doa tersebut) saya memohon kepada-Nya supaya tidak ditimpakan bala ke atas umat saya dengan musim kemarau (kebuluran).

Permohonan ini Allah tunaikan. Dan saya berdoa lagi memohon Allah agar umat saya tidak dikalahkan oleh musuh mereka dengan sekaligus. Permohonan itu pun diperkenankan. (Akhirnya) saya memohon kepada Allah supaya, umat saya tidak berpecah belah, tetapi permohonan ini tidak diperkenankan.” (Riwayat Ahmad)

vi. Dimurahkan rezeki

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash, katanya:

“Adakah kamu suka saya tunjukkan kepada kamu sesuatu ibadah yang lebih menguntungkan kamu, lebih banyak hasilnya dan lebih cepat pulangannya?

Iaitu ibadah orang yang berwuduk kemudian ia pergi ke masjid untuk solat Duha. Orang ini lebih hampir meraih sasarannya, lebih lumayan keuntungannya, malah lebih cepat mendatangkan pulangannya.”

(Riwayat Ahmad)

Dari segi bahasa, Dhuha bererti matahari atau cahaya matahari, Dari segi syarak pula, solat Duha ialah solat yang dilakukan pada waktu matahari baru terbit.

Lebih tepat lagi, solat Dhuha bermula daripada terbitnya matahari kadar segalah iaitu kira-kira 7 hasta dengan sempurna sehingga ia tergelincir.

Hukum melakukan solat Dhuha adalah sunat. Maka ia tidak diwajibkan ke atas umat Islam tetapi sesiapa yang melakukannya akan mendapat ganjaran. Solat Duha boleh dilakukan sekurang-kurangnya sebanyak dua rakaat atau empat rakaat atau enam rakaat, lapan rakaat dan juga dua belas rakaat.

Pendapat dua rakaat adalah berdasarkan kepada hadis daripada Ibn Umar r.a. yang berkata bahawa

Rasulullah SAW bersabda: “Firman Allah dalam hadis kudsi (maksudnya):
“Hai anak Adam, solatlah kerana-Ku dua rakaat Duha pada awal hari, nescaya Aku jamin (kesejahteraanmu) hingga akhir hari tersebut.”

(Riwayat al-Tabarani)

Terdapat juga hadis mengenai pelaksanaan solat Duha sebanyak lapan rakaat:
Riwayat daripada Ummu Hani r.h.a., katanya (maksudnya):

“Bahawa Rasulullah bersolat Duha sebanyak lapan rakaat pada hari pembukaan kota Makkah. Baginda mengucap salam setiap kali selesai dua rakaat.”
(Riwayat Abu Daud)

Solat dhuha sebanyak dua belas rakaat pula adalah berdasarkan kepada hadis berikut:

Daripada Ibn Umar r.a., katanya, “Aku berkata kepada Abu Dzar, “Hai, pakcik, berikan nasihat kepada saya!!” Jawabnya, “Pertanyaanmu itu sama seperti pertanyaanku kepada Rasulullah SAW.” Lalu

Banginda menjawab (maksudnya):

“Jika anda laksanakan solat Duha dua rakaat nescaya anda tidak akan ditulis di kalangan orang yang lalai. Jika anda laksanakan solat Dhuha empat rakaat, nescaya anda ditulis di kalangan Abidin, jika anda laksanakan solat Dhuha enam rakaat nescaya anda tidak diikuti dengan dosa dan jika anda laksanakan solat Dhuha lapan rakaat nescaya anda ditulis di kalangan Qanitin (sentiasa berdiri untuk beribadat).

Manakala seandainya anda laksanakan solat Duha dua belas rakaat nescaya dibinakan untuk anda istana di dalam syurga. Setiap tempoh masa, baik siang, malam, atau saat-saat tertentu Allah sentiasa menghulurkan sedekah kurniaNya kepada mana-mana orang yang dikehendakiNya.

Tiada kurnia lain yang sering disebut-sebut oleh Allah terhadap hambaNya, kerana kurniaan amalan zikir (yang berterusan) kepada Allah yang dilakukan olehNya.”
(Riwayat al-Bazzar)

Cara Solat Dhuha
Ini cara-cara melakukan solat Duha

i. Niat solat Duha (dua rakaat)

Maksudnya: “Aku bersolat sunat Duha dua rakaat semata-mata kerana Allah Taala.”

ii. Baca al-Fatihah dan surah al-Syam pada rakaat yang pertama dan surah al-Duha pada rakaat kedua, atau
Baca al-Fatihah dan surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah al-Ikhlas pada rakaat kedua.

Doa Selepas Solat Dhuha
iii. Beri salam dan baca doa solat Duha

Maksudnya: “Ya Allah bahawasanya waktu Duha itu waktu Duha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu perlindungan-Mu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar dipermudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh, dekatkanlah berkat waktu Dhuha-Mu, keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.”

Sujudlah kepada Allah pada waktu Dhuha bagi menunjukkan kesyukuran kita kepada pemberianNya. Semoga rezeki yang diperolehi diberkati oleh Allah di mana dengan rezeki itu juga hati kita menjadi lebih hampir kepada Allah SWT.

The post Cara Solat Dhuha Dan Ganjaran Besarnya (Memang POWER) appeared first on Kaki Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2RkgrWD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.