Hi! Welcome Back and Stay Tune! SKMM : “Kami Maklum Masih Ada Pelanggan Yang Masih Belum Menerima Naik-Taraf Kelajuan Internet” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SKMM : “Kami Maklum Masih Ada Pelanggan Yang Masih Belum Menerima Naik-Taraf Kelajuan Internet”

Pada tahun lepas, kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP), sekaligus membawa kepada penurunan harga jalur-lebar. Selari dengannya juga, beberapa syarikat jalur-lebar telah mengumumkan naik-taraf kelajuan kepada pengguna perkhidmatan mereka.

Sebagai contoh, TM telah menjanjikan naik-taraf sehingga kepada 800Mbps bagi pelanggan sedia ada mereka.

Unifi Turbo 800Mbps

Selari dengannya, walaupun ada yang telah menerimanya, tetapi masih terdapat pengguna yang membuat aduan masih tidak menerimanya selepas berbulan-bulan – tetapi masih perlu membayar harga yang lebih mahal daripada harga langganan pakej 100Mbps.

Kini, lanjutan daripadanya, SKMM telah mengeluarkan kenyataan yang mana mereka maklum berkenaan masih terdapat pelanggan yang belum menerima naik-taraf kelajuan perkhidmatan jalur-lebar mereka.

SKMM mengatakan naik-taraf ini dilakukan secara berperingkat, dan ia dikatakan SKMM telah dimaklumkan oleh syarikat telekomunikasi, yang mana sehingga Disember 2018 lepas, lebih kurang 75% pelanggan telah dinaik-taraf. Selebihnya dijangka akan menerima naik-taraf sebelum pertengahan tahun 2019 ini.

Pada masa yang sama, SKMM turut menekankan yang mana pelanggan harus menerima sekurang-kurangnya 90% daripada kelajuan yang dijanjikan oleh syarikat telekomunikasi, pada 90% waktu. Sekiranya tidak, SKMM akan mengambil tindakan sewajarnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2CNFL1W

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.