Samsung Akan Menggantikan Penggunaan Plastik Pada Bungkusan Dengan Bahan Mesra Alam
Samsung hari ini mengumumkan yang mana syarikat pengeluar peranti terkemuka berkenaan akan mula menggantikan penggunaan plastik pada bungkusan dengan bahan mesra alam seperti kertas dan lain-lain.
Langkah ini akan dilakukan oleh Samsung bermula pertengahan pertama 2019 ini. Ia akan meliputi bungkusan pada pelbagai produk dan aksesori keluaran Samsung, termasuk telefon pintar, tablet dan perkakasan rumah.
Selari dengan langkah ini juga, Samsung akan merekabentuk semula bungkusan mereka supaya selari dengan bahan mesra alam ini.
Samsung menyasarkan untuk menggunakan bahan bungkusan berasaskan kertas menjelang 2020 kelak.
Langkah Samsung ini hadir selari dengan trend pelbagai syarikat gergasi akhir-akhir ini yang beralih ke arah penggunaan bahan mesra-alam, sekaligus mengurangkan pencemaran.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2CMVezn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment