Hi! Welcome Back and Stay Tune! The Mac Index – Memudahkan Anda Membandingkan Harga Produk Apple Mengikut Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

The Mac Index – Memudahkan Anda Membandingkan Harga Produk Apple Mengikut Negara

Produk keluaran Apple merupakan antara produk yang diminati ramai – dan semestinya ingin dibeli oleh ramai pengguna sekiranya boleh didapati pada harga sedikit rendah. Dengan konsep untuk memudahkan anda membuat perbandingan harga jualan produk Apple di negara-negara berdekatan, kini salah satu laman yang hadir adalah The Mac Index.

Dibangunkan oleh pembangun tempatan, ia telah beroperasi sejak beberapa tahun yang lepas. Baru-baru ini, ia telah menerima kemaskini dan menjadikan laman berkenaan lebih kemas dan mesra pengguna. Melalui laman The Mac Index, pengguna boleh memilih produk Apple yang anda inginkan, dan seterusnya melihat dimana anda boleh mendapatkannya pada harga yang lebih rendah.

The Mac Index

Seperti ramai sedia maklum, harga produk Apple adalah berbeza dibeberapa buah negara, disebabkan oleh kadar cukai dan faktor-faktor lain. Harga yang dipaparkan pada laman ini adalah harga rasmi yang dihimpunkan daripada Apple Store setiap negara.

Dengan penawaran jaminan Apple yang meliputi pelbagai negara tanpa masalah, semestinya pengguna tidak mengambil kisah untuk mendapatkan produk Apple dinegara lain, dan menggunakannya di Malaysia.

Bagi anda yang berhasrat untuk ke luar negara dalam masa terdekat, dan ingin membeli produk keluaran Apple, mungkin boleh menyemak laman The Mac Index ini hari ini, dan membandingkan harga produk Apple di pelbagai negara dengan mudah. Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk menyemak beberapa perkara yang mungkin berbeza diluar negara sebelum membuat pembelian – termasuk dari segi rekaan papan kekunci, tetapan pada telefon pintar, dan sebagainya.

Layari : The Mac Index



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2MztZN1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.