Maharaja Lawak Mecha? – Robot Berjenaka Bekecerdasan Buatan Dilancarkan Di Jepun
Pekerja kilang akan kehilangan kerja kerana robot yang melakukan tugasan dengan lebih pantas serta tanpa henti. Penganalisa data hilang kerja di Jepun kerana adi-komputer memproses data insurans pada kadar yang tidak mampu digapai manusia. Mungkin di masa hadapan kerjaya ahli komedi pula akan terancam apabila teknologi robot serta kecerdasan buatan mengambil alih tugas mereka.
Di Jepun robot AIchan dan GONta diperlihatkan minggu lalu sebagai pasangan komedi. Skrip jenaka yang diucapkan oleh pasangan robot ini ditulis menggunakan kecerdasan buatan. Sebagai contoh topik jenama akan diberikan dan skrip jenama berkenaannya akan dapat dihasilkan dalam masa seminit. AIchan dan GONta adalah projek menghasilkan robot yang mampu berseloroh oleh Universiti Konan yang terletak di Kobe.
Selain menguji kemampuan membuatkan penonton tidak kering gusi, ia juga dibangunkan bagi menguji sistem perbuatan di antara dua robot.Buat masa ini kemampuan mereka berlawak telah diuji selepas memasuki pertandingan M-1 Grand Prix menentang manusia tetapi telah tersingkir pada pusingan pertama.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2DDKZis
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment