Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penghala Huawei WiFi Q2 Diperkenalkan – Penghala Dan Perebak WiFi 2-Dalam-1 Untuk RM999 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penghala Huawei WiFi Q2 Diperkenalkan – Penghala Dan Perebak WiFi 2-Dalam-1 Untuk RM999

Jika anda tinggal di dalam kediaman yang besar, salah satu daripada isu yang pasti dihadapi ialah keadaan dimana penghala WiFi anda tidak dapat meliputi seluruh kawasan rumah anda. Untuk menyelesaikan masalah ini, biasanya peranti perebak WiFi (WiFi extender) akan digunakan.

Huawei mungkin terkenal dengan peranti-peranti pintar mereka, tetapi mereka juga mempunyai kepakaran di dalam bidang rangkaian dimana mereka hadir dengan peranti dan perkakasan yang menguasakan perkhidmatan telekomunikasi di seluruh dunia.

Huawei WiFi Q2 ialah penghala (router) dan perebak (extender) 2-dalam-1 yang bukan sahaja menyokong sambungan WiFi dan kabel yang laju, tetapi mampu melanjutkan sambungan WiFi anda ke seluruh kawasan rumah anda.

 

Penghala WiFi Q2 ini hadir dengan sokongan WiFi 802.11ac dan 802.11n di dalam mod 2×2 MuMIMO dan kelajuan Internet selaju 867Mbps, dan kelajuan LAN (Local Area Network) 1.0GBps.

Apa yang menarik mengenai penghala WiFi Q2 ini ialah ia boleh disambungkan kepada penghala WiFi Q2 yang lain sebagai perebak yang akan melanjutkan kawasan liputan WiFi di rumah anda.

Dalam pada itu, Huawei juga telah mencipta sebuah aplikasi yang dinamakan Huawei Smart Home App yang membolehkan anda mengawasi penggunaan Internet di dalam rangkaian rumah anda, disamping mengawal tetapan penghala WiFi Q2 anda.

Penghala Huawei WiFi Q2 ini sudahpun hadir di pasaran tempatan, dan boleh dibeli pada harga RM999 untuk satu penghala WiFi Q2 ini. Anda harus membeli sekurang-kurangnya dua penghala ini jika anda ingin menggunakan ciri perebak WiFi yang hadir pada model ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Rj8mS6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.