Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Menyasarkan Pengenalan Perkhidmatan Penstriman Video Sekitar April Kelak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Menyasarkan Pengenalan Perkhidmatan Penstriman Video Sekitar April Kelak

Apple telah diperkatakan akan memperkenalkan perkhidmatan penstriman video mereka tidak lama lagi, dan kini mengikut laporan baru daripada CNBC, gergasi teknologi berkenaan dijangka memperkenalkannya sekitar April atau awal Mei 2019 kelak.

Ia dikatakan perkhidmatan penstriman video daripada Apple ini akan menawarkan sejumlah kandungan percuma untuk pemilik peranti mereka, selain turut menawarkan platform langganan untuk beberapa perkhidmatan digital sedia ada.

Dengan langkah ini, pengguna hanya perlu memasang dan menjalankan hanya satu aplikasi sahaja – dan mengakses ke pelbagai perkhidmatan rakan kerjasama yang lain melaluinya. Namun, ia diperkatakan Netflix mungkin tidak menjadi satu daripada perkhidmatan yang ditawarkan melaluinya kelak.

Samsung TV AirPlay

Apple sendiri sebelum ini telah mengumumkan kerjasama dengan sejumlah penerbit dan membeli rancangan mereka secara eksklusif untuk platform Apple.

Dengan pendapatan daripada arena peranti yang semakin mendatar, syarikat seperti Apple sedang lebih memfokuskan kepada pendapatan melalui perkhidmatan – seperti Apple Music, iCloud dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Apple akan menawarkan perkhidmatan ini secara terhad di beberapa buah negara sahaja – atau terus memperkenalkannya pada peringkat global. Sebelum ini, Apple turut telah mengumumkan kerjasama dengan mengintegrasi sokongan AirPlay 2 bersama pelbagai pengeluar televisyen pada CES 2019 yang lepas.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2BAcIPv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.