Mudah & Jimat.Pasangan Ini Berkongsi Cara Memasang Lantai Vinyl Sendiri Di Rumah
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa memasang lantai jenis kayu di rumah memerlukan kos yang tinggi. Sebenarnya ia tidaklah mahal sekiranya anda melakukannya sendiri menggunakan kemasan lantai jenis vinyl.
Lantai jenis vinyl ini bukan sesuatu yang baru dalam dunia hiasan dalaman kerana ia banyak digunakan di hospital, sekolah dan pejabat, cuma hari ini ia tampil dalam corak kayu yang lebih elegan dan diadaptasikan untuk kediaman .
Lantai vinyl dibuat menggunakan bahan sintetik yang kelihatan betul-betul seperti kayu keras malah alur kayunya juga dapat dirasa apabila disentuh. Menariknya tentang kemasan lantai jenis ini kerana ia mudah dipasang dan boleh dilakukan sendiri.
Berikut adalah perkongsian yang dilakukan oleh pasangan ini tutorial mudah untuk memasang kemasan lantai jenis vinyl.
Macam tak percaya aku dengan Miss Permaisuri pasang sendiri lantai vinyl seluruh rumah. Kitorang bukan jenis yang ada kemahiran bab bertukang. Jujur cakap, aku bukan jenis orang yang pandai buat kerja-kerja macam ni.
Perkara pertama adalah menyediakan peralatan yang diperlukan. Banyak alatan yang diperlukan ni ada dijual kat kedai eco RM2.
- Pembaris siku L. Untuk tujuan potong kepingan vinyl.
- Pisau yang boleh dipatahkan matanya. Pisau kena sentiasa tajam di hujung matanya sebab nak gunakan untuk potong vinyl.
- Scrapper. Tujuannya untuk ratakan permukaan gam di lantai.
- Simen putih. Digunakan untuk isi celahan tiles atau lubang yang terdapat di lantai.
- Dulang / bekas untuk bancuh simen putih.
- Pensil. Digunakan untuk tandakan ukuran vinyl yang hendak dipotong.
- Tukul getah. Tujuannya untuk ketuk vinyl yang dah dipasang supaya rapat ke lantai dengan kemas.
Pertama, korang kena pastikan permukaan lantai adalah rata. Jadi di mana ada rongga, lubang atau lurah perlu diisikan dengan simen putih. Macam lantai aku ni, disebabkan pemasangan jubin lantai ni ada gap yang agak besar, aku perlu isikan ruang tersebut dengan simen putih.
Kedua, susun kepingan lantai vinyl bermula dari hujung. Susunan kepingan vinyl adalah seperti susunan tangga. Bukan macam susunan bata. Korang refer gambar bawah ni.
Ketiga, dah selesai susun dan potong. Korang bukak balik ikut turutan dan susun ditepi dengan teratur. Kemudian sapu permukaan lantai dengan gam khas dan tunggu selama 30 minit untuk gam kering.
Langkah terakhir adalah susun kepingan vinyl rapat-rapat dan kemas. Yang ni kena lebih teliti sebab tak boleh ada gap antara kepingan vinyl tu. Mesti susun dengan sangat rapat dan bersambung. Korang boleh tengok video tutorial yang aku buat kat bawah ni.
Sebenarnya tak susah pun nak pasang lantai vinyl ni kalau ruang korang tu memang petak kosong jer. Tapi kalau ada tiang atau sudut yang perlu dipotong, itu yang buat jadi leceh.
Untuk potong kepingan vinyl ni tak susah pun sebenarnya. Gunakan pembaris dan pisau kemudian goreskan beberapa kali. Lepas tu kepak jer.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kos dan anggaran harga bagi sebuah bilik boleh baca selanjutnya diLancareno.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2S4vGU9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment