Ford Mencipta Katil Yang Memastikan Anda Tidak Akan Dihimpit Pasangan Ketika Tidur
Kami sudah berkahwin hampir lapan tahun. Bagi yang telah mendirikan rumah tangga, anda pasti bersetuju satu masalah yang kerap didengar ialah pasangan yang mengambil ruang yang besar di atas katil. Insan yang tidur dengan lasak akan menyebabkan pasangan terhimpit ketika tidur. Ford menyelesaikan masalah ini dengan mencipta katil Lane-Keeping Bed.
Katil ini menggunakan teknologi pengesan berat untuk memastikan pasangan akan dapat tidur dengan ruang katil yang selesa. Tilam katil yang digunakan dilengkapi sistem seakan tali sawat yang bergerak mengikut posisi pasangan yang tidur. Menurut Ford, teknologi swapandu yang memastikan kenderaan sentiasa berada di laluan yang betul telah digunakan pada katil pintar ini. Buat masa ini katil ini hanyalah konsep yang tidak akan dijual kepada umum.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2SVJXad
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment