Chrome OS Akan Menyokong Virtual Desktop Tidak Lama Lagi
Semakin hari semakin baik. Itulah yang terjadi pada sistem operasi ringan daripada Google, Chrome OS. Google sejak kebelakangan ini agak aktif dengan pembangunan Chrome OS sehingga hadir dengan tablet dan juga komputer riba tersendiri yang menjalankan sistem operasi tersebut.
Terkini, untuk memberi pengalaman yang lebih baik lagi kepada pengguna dalam membuat multi-tugasan dalam Chrome OS – Google akan menambah sokongan Virtual Desktop tidak lama lagi. Fungsi ini adalah mirip dengan Spaces dalam macOS atau Virtual Desktop dalam Windows.
Melalui fungsi ini, ia akan menambah ruang kerja pengguna tanpa membuatkan desktop sedia ada semak atau serabut dengan banyak aplikasi yang dibuka serentak. Fungsi ini mungkin akan hadir terlebih dahulu dalam Chrome OS versi Canary sebelum ia dilancarkan dalam versi stabil.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2GoXUYc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment