Sardin Tin Masak Lemak Cili Padi Memang Pedas Sedap
Emm, enaknya sardin! Lebih enak jika ia dipelbagaikan cara masakannya. Lazimnya ia dimasak sambal. Apa kata kali ini sardin ini dimasak ala nogori iaitu masak lemak cili padi.
Tambahkan dengan sayuran kegemaran anda seperti tomato, kentang dan juga kacang panjang (opsyenal). Boleh juga ditambah dengan suhun! Memang menjadi! Jom cuba…
Bahan-bahan:
- 1 tin sardin saiz besar
- 10 biji buah belimbing besi
- 1 batang serai (diketuk)
- 2 cawan santan pekat
- 1 biji tomato (dibelah 4)
- Garam secukup rasa
- 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 10 biji cili padi
- 2 cm kunyit (ditumbuk)
Opsyenal:
- Kentang
- Suhun
Cara-caranya:
- Masukkan sardin dan bahan yang telah ditumbuk bersama serai, buah tomato, garam dan belimbing.
- Biarkan ia merenih sebentar. Masukkan santan dan garam.
- Kacau perlahan. Pastikan tidak naik minyak.
- Hidang bersama nasi panas dan ulam-ulaman
Selamat Mencuba dan menjamu selera!
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2X2wrRd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment