Hi! Welcome Back and Stay Tune! Canon EOS RP Diperkenalkan – Kamera Berbingkai Penuh Nircermin Canon Terbaru Dengan Rekaan Kompak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Canon EOS RP Diperkenalkan – Kamera Berbingkai Penuh Nircermin Canon Terbaru Dengan Rekaan Kompak

Canon memperkenalkan kamera nircermin berbingkai penuh (full frame) mereka melalui Canon EOS R pada penghujung tahun 2018, dimana ia hadir dengan teknologi nircermin, dan teknologi kamera baru yang menjanjikan gambar dan video yang tajam dan warna yang cantik.

Hari ini pada acara media Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur, pihak Canon Malaysia telah memperkenalkan kamera berbingkai penuh nircermin dengan rekaan badan yang lebih kompak yang dinamakan Canon EOS RP.

Kamera Canon EOS RP ini hadir dengan sensor imej CMOS bersaiz 26.2MP yang juga mampu merakam video 4K pada kadar 24FPS, disamping pemproses gambar DIGIC 8 dan juga sistem autofokus DualPixel yang juga hadir pada kamera EOS R. Dari segi nilai ISO pula, kamera ini mempunyai julat ISO dari 100 hingga ke 40000.

Dari segi rekaan, kamera EOS RP ini hadir dengan rekaan yang lebih kompak berbanding dengan EOS R. Beberapa ciri seperti panel sesentuh dan panel LCD kecil tidak digunakan lagi pada kamera ini, tetapi EVF dengan 2.35 juta titik masih hadir pada kamera tersebut, termasuklah sokongan untuk sambungan WiFi dan juga Bluetooth.

Dari segi palam I/O pula, kamera Canon EOS RP dilengkapi slot kad SD UHS II untuk rakaman video 4K, palam HDMI dan dua palam 3.5mm untuk fon kepala dan juga mikrofon.

Selain dari kamera EOS RP ini, Canon turut memperkenalkan enam buah lensa RF baru yang hadir dengan rekaan lebih padat yang membuatkannya lebih sesuai digunakan dengan kamera terbaru Canon ini. Sebelum ini Canon melancarkan empat buah lensa berbingkai penuh khusus untuk kamera Canon EOS R.

Menurut pihak Canon Malaysia, kamera Canon EOS RP ini akan mula tiba di pasaran tempatan pada bulan Mac, dan harga untuk badan kamera sahaja telah ditetapkan pada RM5999. Canon EOS RP ini juga boleh dibeli dengan pakej lensa RF 24-105mm F/4L IS USM pada harga RM10999.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2TVBy3q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.