Jangan Biarkan Badan Berkerak, Ini Cara Mudah Hilangkan Daki dan Sel Kulit Mati
Mesti anda geli dengan masalah daki pada badan anda kan? Terutama di kawasan yang celah seperti ketiak, celah paha dan juga belakang leher kan?
Kalau orang perempuan yang bertudung tu tak mengapa la juga kan dapat tutup bahagian belakang leher yang berdaki tu dengan mudah, tetapi mesti rimas juga kan pada pandangan mata sendiri apabila melihat sendiri daki yang sukar hilang.
Sebenarnya ada petua menghilangkan daki badan paling berkesan untuk daki-daki anda yang degil itu. Cara dan petua berkesan untuk menghilangkan daki dan sel kulit mati pada seluruh anggota tubuh badan adalah seperti dibawah :
Petua Berkesan Hilangkan Daki Guna Sireh dan Beras
- Kisarkan segenggam beras sehingga halus.
- Selepas itu, tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat.
- Campurkan beras yang telah dikisar dengan sireh yang telah ditumbuk tadi dan kacau hingga ianya sebati.
- Sebelum mandi, lumurkan dahulu adunan beras dan sirih tersebut ke anggota tubuh badan. Kemudian gosokan dengan perlahan-lahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tertanggal dari badan kita.
- Selain menghilangkan daki, petua ini mampu menjadikan kulit badan kita lebih halus, dan turut dan mampu menyegarkan bau badan anda.
Petua Berkesan Hilangkan Daki Pakai Beras Kunyit dan Asam Jawa
- Sediakan beras, kunyit hidup dan asam jawa.
- Gorengkan beras tanpa minyak sehingga warna bertukar keperang-perangan,
- Kisar beras yang telah digoreng tersebut.
- Kemudian tumbuk hingga hancur satu inchi kunyit hidup.
- Selepas itu, gaulkan beras dan kunyit yang telah dikisar dan ditumbuk tadi dan masukkan segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air.
- Perapkan dalam tempoh kira-kira satu jam.
Ketika mandi, sila gosokkan bahan-bahan yang telah disediakan tadi ke seluruh anggota badan dalam tempoh kira kira 5 minit. InsyaAllah ianya mampu menanggalkan sel-sel kulit mati serta daki yang ada pada anggota tubuh badan kita. Selepas siap, bilas dengan menggunakan air paip. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2S1Hnup
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment