Emak Memang Tak Tolak Jaga Cucu, Sepatutnya Anak-anak Lah Kena Faham
Macam-macam kes di rumah pengasuh, mak ayah mula susah hati. Mintalah bantuan emak jagakan cucu. Emak pula, jarang benar nak menolak bila anak minta bantuan. Emak takkan merungut, cuma tahan perasaan dalam hati. Sayangnya anak pula ambil kesempatan, semua serah pada emak.
Sampai satu tahap, emak disahkan darah tinggi. Dan ini yang dikongsikan oleh Husna Adnan, berdasarkan kisah benar yang dimaklumkan oleh seorang doktor yang merawat pesakit dalam kategori warga emas yang jaga cucu.
Jaga Cucu Pun Boleh Tension, Sampai Naik Darah Tinggi
Tiap kali sakit, kami sering berjumpa dengan dua tiga doktor sekitar Kajang ini. Salah seorangnya Dr. Nizam (bukan nama sebenar). Baru-baru ini beliau dikunjungi pesakit berusia 60-an, seorang pesara kerajaan. Sudah lima enam tahun juga jadi pesakit tetapnya di situ.
Selama menjadi pesakit, rekod kesihatan puan ini tahap terkawal. Tiada kencing manis, tiada darah tinggi. Cuma perlu pantau kolesterol. Tiba-tiba hari itu, Dr. Nizam terkejut.
“Darah tinggi juga ni, 150/90.”
Beliau bertanya, “Ada jaga cucu?”
Pesara tadi mengangguk.
Dr. Nizam juga mengangguk. “Saya boleh jangka, sebab beberapa pesakit saya yang dulu tak ada penyakit, bila darah tinggi macam ini, semuanya sama faktor; sebab jaga cucu.”
Berapa ramai antara kita yang menghantar anak-anak ke rumah ibu bapa sebagai pengganti pengasuh? Sama ada anak-anak dijaga oleh ibu bapa atas permintaan mereka sendiri kerana risaukan keadaan cucu-cucu, mahupun terpaksa kerana tiada pilihan sama ada tiada pengasuh yang diyakini ataupun tiada bajet … tidaklah saya hakimi kerana tiap kita tidak sama situasi.
Walau bagaimanapun, ini satu kisah yang membuka mata.
Mak Ayah Memang Tak Sampai Hati Nak Kata TIDAK
Dr. Nizam menyambung, “Dulu kita muda, kita sihat, boleh tahan tekanan. Tapi makin berusia, beginilah Puan. Jaga cucu pun boleh tension, sampai naik darah tinggi.
“Sebab itu saya nasihatkan pesakit saya, jika terpaksa jaga cucu, jaga ala kadar sahaja. Jangan terlalu stress sampai pening, sakit sendi, sampai mudarat kepada diri sendiri.
“Ada peluang, pergilah travel. Keluar dari rumah. Cucu-cucu itu biar anak kita uruskan. Mak bapak mereka kan ada.”
Ya kan? Mak ayah kita, ada masa tidak sampai hati nak berterus terang dengan anak-anak. Faham anak-anak ini sedang mengukuhkan ekonomi. Sibuk, tak tertangan.
Namun jangan sampai kita butakan mata akan kepenatan orang tua kita, biar pun mereka tidak mengadu mengeluh hiba. Kita yang muda ini jaga anak sendiri pun dah naik hantu, inikan pula yang tidak berapa berkudrat. Apabila situasi memaksa, ada beberapa cara bagi mengurangkan kepenatan ibu bapa.
1) Belikan Barang Dapur
Ada orang, sekadar hulur duit. Syukur masih hulur duit. Tapi dengan usia ibu bapa, adalah lebih baik kita sendiri belikan barangan dapur dan penuhkan peti ais di rumah ibu bapa dengan kaki tangan kita sendiri. Jangan bebani ibu bapa sampai mereka pula perlu berjinjit beg plastik dengan ikan ayam sayuran buahan.
2) Masakkan Lauk
Kurang-kurang masak nasi, hantar terus dengan periuk canggih kita. Nak makan, tinggal panaskan saja.
3) Sebelum Sampai Rumah, Makan Siap-siap Di Luar
Jika sempat. Jangan balik terus angkat tudung saji mengharap mak masakkan tiap hari. Biarlah waktu lewat petang dan malam itu, waktu mereka berehat dan beribadah.
4) Jika Balik Awal, Mandikan Anak-anak Sendiri
Kembali uruskan anak-anak sejurus tiba di rumah. Kita penat, ibu bapa kita lebih penat. Mereka penat sejak kita dilahirkan. Bayangkan berapa puluh tahun punya penat tu.
5) Hujung Minggu, Manjakan Mak Ayah
Goyong-royong bersihkan rumah mereka, panggil tukang urut / tukang bekam / home facial / home saloon. Duduk mendengar cerita mereka sepanjang kita sibuk bekerja.
Ketahuilah.. Mak Ayah Kita Pun PENAT!
Ada banyak lagi cara supaya mak ayah kita yang dah penat jagakan cucu-cucu tadi, rasa lebih dihargai dan tidak terlalu terbeban. Dan apabila emosi mak ayah kita turun naik, jangan kita pun sama melantun. Merajuk sampai tak hantar dah cucu-cucu jenguk nenek dan atuk. Fahamilah betapa mereka juga penat.
Kita kalau penat, bagaimana? Dan apa perasaan kita, apabila anak-anak kita dikata punca mak ayah kita yang selama ini sihat, akhirnya disahkan darah tinggi? Tidakkah tuan puan berasa sesuatu?
– Menung.
Sumber/Foto : Husna Adnan
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2S4vWm5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment