Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gambar Sebenar Xperia XA3 Tertiris, Selari Dengan Imej Pengolokan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gambar Sebenar Xperia XA3 Tertiris, Selari Dengan Imej Pengolokan

Telefon pintar jenama Sony dahulunya terkenal dengan perlindungan kalis air, kamera yang baik dan juga binaan yang berkualiti. Tetapi harga buat telefon Sony berada di luar kemampuan peminat, jadi siri XA dilancarkan dengan spesifikasi pertengahan dan harga yang lebih mampu milik. Xperia XA3 adalah model terkini dan imej pengolokannya sudah pun kita lihat sebelum ini.

Hari ini, gambar sebenar buat Xperia XA3 tertiris. Menurut sumber, gambar ini dikatakan diambil daripada satu video yang mana video tersebut telah pun dipadam. Melalui gambar ini, ia selari dengan imej pengolokan seperti rekaan kamera melintang serta rekaan skrin yang memanjang. Rekaan pengimbas cap jari dilihat kekal dengan identiti Sony tersendiri, iaitu berada di sisi.

Tiada butiran jelas mengenai peranti Sony ini, apa yang pasti ia akan hadir dengan rekaan skrin memanjang seperti Xperia XA2 Plus dan dikatakan akan dilancarkan di MWC tahun ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2USWVCQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.