WARISAN BOLEH MENGAJAR BERSATU BERPEGANG PADA JANJI JIKA BERANI GESA PERALIHAN KUASA KEPADA ANWAR DISEGERAKAN….
Kadang-kadang rasa kasihan pun ada dengan Shafie Apdal ini, walaupun Warisan yang dipimpinnya sudah pun membuktikan kemampuan berjaya menumbangkan UMNO dalam pilihanraya umum lalu.
Tiap kali timbul isu berhubung kemasukan Bersatu ke negeri itu, tiap kali itu jugalah beliau seperti terpaksa merayu dan meminta simpati kepada Tun Mahathir Mohamad agar janji berkenaan perkara itu sentiasa dipatuhi.
Semua sedia maklum sebelum PRU14 lalu ada perjanjian yang menetapkan Bersatu tidak akan dikembangkan ke Sabah, sebaliknya usaha menawan negeri itu diserahkan kepada Warisan mengetuainya.
Bagaimanapun, di peringkat pusat, Warisan tetap menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir.
Sehingga ini rasanya sudah lebih daripada tiga kali Shafie memberi kenyataan merayu dan mengingatkan Bersatu berkaitan perjanjian itu serta kedudukan Warisan sebagai peneraju pentadbiran negeri Sabah haruslah dihormati.
Goyangnya pendirian Bersatu dalam soal kemasukannya ke Sabah tambah ketara kebelakangan ini sejak lumpuhnya UMNO Sabah apabila sebahagian besar Ahli Parlimen, Adun dan Ketua Bahagiannya mengumumkan keluar parti.
Keluarnya mereka meninggalkan UMNO tidak lain ialah untuk menyertai Bersatu. Bukan mereka tidak mahu menyertai Warisan atau lain-lain parti Sabah disebabkan tidak suka dengan semua parti itu, tetapi segala-galanya adalah kerana dendam kepada Warisan yang telah menumbangkan kuasa UMNO di negeri itu dalam pilihanraya lalu.
Hanya dengan menyertai Bersatu saja mereka merasakan dapat melepaskan dendam dan menggugat kedudukan Warisan.
Di peringkat awal, memang terlihat Bersatu agak konsisten mahu berpegang kepada janji tidak akan melebarkan sayapnya ke negeri itu, tetapi dengan bekas pemimpin-pemimpin UMNO Sabah terus melobi, keadaan semakin berbeza sejak kebelakangan ini.
Mereka tanpa segan silu dan terbuka mengatakan Bersatu akan datang akhirnya ke Sabah.
Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya pula berkata, rundingan sedang diusahakan mengenai perkara itu.
Hakikatnya, jika sudah ada perjanjian dan kiranya Bersatu masih menghormati serta berpegang kepada janji itu, untuk apa lagi diadakan sebarang rundingan?
Tutup saja pintu rundingan? Tetapi, mengapa masih mahu diadakan rundingan?
Dalam hal ini, melihat kepada tindak-tanduk Tun Mahathir yang kerapkali melakukan U-Turn dalam banyak perkara sebelum ini, ramai yang merasakan perjanjian dengan Warisan adalah mangsa mungkir janji beliau yang seterusnya.
Maka, apa yang Warisan perlu lakukan seterusnya untuk mengelakkan perkara itu?
Rasanya tidak banyak pilihan yang ada buat Shafie ketika ini. Merayu dan terus merayu atau asyik mengingatkan tentang janji selalu, kadang-kadang meletihkan juga.
Blog ini pernah menyarankan sebelum ini, sebagai salah satu cara untuk membendung isu kemasukan Bersatu ke Sabah daripada terus diusahakan, malah dalam waktu yang sama pendirian pemimpin-pemimpin Bersatu yang goyang mengenainya juga tidak lagi berterusan, perkara itu mampu dilakukan dengan Shafie dan Warisan segera mengalihkan sokongannya kepada Anwar Ibrahim.
Apa lagi, dalam konteks penyerahan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar yang sepatutnya dilakukan dalam tempoh dua tahun selepas menguasai Putrajaya, Shafie rassnya belum pernah lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.
Cuba dalam waktu sehari dua ini Shafie segera mengeluarkan kenyataan bahawa Warisan menyokong penuh peralihan kuasa itu bukan saja perlu dipatuhi dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang disebut sendiri oleh Tun Mahathir, malah lebih baik jika dapat dipercepatkan lagi.
Tengok selepas itu, pasti tiada pemimpin Bersatu yang berani terus bercakap lagi soal kemasukan parti itu ke Sabah.
– http://bit.ly/HB7gd4
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2WTCuaB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment