Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Gaming Mode’ Adalah Aplikasi Untuk Telefon Pintar Android Yang Tiada Mod Gaming Tersendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Gaming Mode’ Adalah Aplikasi Untuk Telefon Pintar Android Yang Tiada Mod Gaming Tersendiri

Menjadi trend sekarang jika sesebuah telefon pintar itu tiada fokus terhadap permua akan hadir dengan satu mod gaming terbina dalam sistem operasi Android. Maksud peranti yang fokus terhadap permua ini adalah seperti Pocophone F1, Razer Phone 2 atau juga Asus ROG Phone.

Banyak telefon Huawei atau Honor mempunyai GPU Turbo untuk meningkatkan prestasi, walaupun peranti tersebut bukan peranti mercu dan bukan peranti yang memfokuskan permua. Tetapi bagaimana pula peranti yang tidak ada ciri ini, tetapi pengguna masih ingin tingkatkan prestasi peranti mereka serta mempunyai pengalaman bermain yang lebih baik?

Gaming Mode – The Ultimate Game Experience Booster‘ adalah aplikasi yang memberi mod gaming kepada mana-mana peranti Android. Aplikasi ini akan membenarkan pengguna menetapkan peranti mereka untuk pengalaman bermain permua dengan lebih baik. Aplikasi ini juga boleh ditetapkan pada keseluruhan peranti atau juga satu per satu mengikut aplikasi yang diinginkan pengguna.

Antara ciri yang hadir dalam aplikasi ini adalah;

  • Mematikan penerimaan panggilan telefon secara automatik
  • Menghalang notifikasi
  • Mengurangkan aplikasi latar untuk RAM dan meningkatkan prestasi
  • Mematikan mod kecerahan skrin automatik dan tetapkan mengikut citarasa pengguna
  • Mengubah keadaan WiFi
  • Mengubah aras suara peranti

Aplikasi ini adalah percuma untuk digunakan dan segala ciri di atas boleh digunakan tanpa sebarang masalah. Tetapi, jika inginkan kawalan tambahan pengguna boleh beli aplikasi ini dan kelak, bagi sesiapa yang beli turut akan menerima ciri yang banyak yang akan ditambah kemudian.

Muat Turun ‘Game Mode’ Di Google Play Store



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2UO62oc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.