Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Mempatenkan Peranti Dengan Skrin Melengkung Pada Keempat-Empat Sisi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Mempatenkan Peranti Dengan Skrin Melengkung Pada Keempat-Empat Sisi

Tidak dinafikan peranti dengan skrin OLED dengan lengkungan terbaik pada setiap sisi adalah iPhone X. Kenapa? Ini kerana ia tidak mempunyai dagu dan ia kelihatan seakan mempunyai skrin menyeluruh (kalau tiada takuk). Kemudian, telefon pintar yang mempunyai rekaan yang menyeluruh dan seksi adalah Oppo Find X – walapun lengkungan dagunya tidak sehebat iPhone X.

Terkini, Xiaomi dilihat ingin menandingi pesaing lain dengan mempatenkan telefon pintar dengan skrin yang melengkung pada setiap sisi. Telefon pintar dengan sisi melengkung dilihat mula diperkenalkan oleh Samsung, kemudian semakin banyak pesaing ikut seperti Huawei. Kini nampaknya adalah giliran Xiaomi pula.

Rekaan paten ini dilihat seakan peranti Meizu Zero, kerana tiada langsung butang kawalan. Tetapi tidak seperti Meizu Zero yang nirport, peranti Xiaomi ini dilihat kekal dengan port USB-C. Ini hanyalah paten awal dan untuk merealisasikan rekaan seperti ini banyak masa yang perlu diambil untuk membangunkannya. Kita mungkin akan lihat peranti seperti ini di masa akan datang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2N0Vz6m

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.