Kod AOSP Mengesahkan Sokongan Dwi-Sim Buat Google Pixel 4
Tidak pasti jika anda sedar atau tidak, sejak kebelakangan ini dunia dilihat menjadi terbalik. Kenapa? Dulu Apple terkenal dengan peranghai yang kerap meniru Google (iOS vs Android), kini sejak Google semakin serius dengan peranti mereka dan sejak Android Oreo dan Android Pie – banyak persamaan dengan iOS.
Kod AOSP terkini memperlihatkan Google sedang menguji fungsi dwi-sim dan ia mungkin akan diaktifkan untuk Pixel 4. Bagi yang tidak tahu, Pixel 2 dan Pixel 3 sudah pun mempunyai sokongan dwi-sim. Satu sim biasa dan satu lagi adalah eSim. Tetapi ia hanya boleh digunakan salah satu sahaja. Kod AOSP terkini dilihat akan mengaktifkan sokongan dwi-sim yang dwi-aktif buat Pixel akan datang.
Sejak iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max dilancarkan pada tahun lepas – kesemua model iPhone 2018 ini menyokong dwi-sim yang dwi-aktif (model terpilih mengikut negara sahaja). Adakah Google tergugat dengan strategi Apple ini? Adakah sebab itu Google menguji sokongan dwi-sim buat Pixel 4? Tetapi, sokongan dwi-sim iPhone hanya terdapat pada model untuk pasaran Asia seperti China dan Hong Kong. Adakah Google akan mula tawarkan Pixel 4 untuk pasaran Asia pula?
Selain daripada informasi mengenai Pixel 4 yang menyokong dwi-sim, sebelum ini paten rekaan Pixel 4 dengan skrin nirbingkai menyeluruh telah tertiris.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2RQW6Zm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment