14 Tempat Menarik Di Kota Belud 2019 Untuk Destinasi Pelancongan Anda
Anda merancang untuk bercuti di Kota Belud ? Tercari-cari tempat menarik di Kota Belud ?Berikut merupakan tempat pelancongan menarik di Kota Belud untuk panduan anda.
Lengkap dengan perincian aktiviti dan kemudahan yang disediakan !
Sondot View Camp
Lokasi: Sondot View Camp
Terletak di Kampung Kebayau Kota Belud. Merupakan tempat rekreasi yang sesuai untuk aktiviti bersama keluarga, atau rakan-rakan.
Aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah barbeku, bermandi-manda, bermain bola tampar, dan berkhemah.
Lengkap dengan pondok berbumbung sesuai untuk 3 hingga 6 orang pengunjung untuk bermalam dengan kadar sewa serendah RM 30 sehari.
Juga lengkap dengan kedai runcit, dimana anda boleh membeli barang keperluan asas jika bercadang untuk bermalam di tempat ini. Informasi lengkap adalah seperti berikut:
Dibuka bermula Walk In (9am-6pm).
PAKEJ Kemasukan (Tidak Bermalam)
RM3 (Dewasa 13thn keats)
RM2 (Kanak2 7thn-12thn)
FOC (warga Emas,OKU n Kanak2 bwh 6thn)
PAKEJ Kemasukan (Bermalam/Camping) (24hours)
RM6 (Dewasa 13thn keats)
RM4 (Kanak2 7thn-12thn)
FOC (warga Emas,OKU n Kanak2 bwh 6thn)
PAKEJ Sulap Tradisional (Sewa untuk Bermalam)
RM45/Big = Pondok/SulapTradisional ( Kalabatu/Langkawit ) termasuk kelambu, 4 bantal,2 tikar, bbq set, 1 meja, 4 kerusi, lampu dan soket.
RM30/Medium = Pondok/Sulap Tradisional ( Kuruak) termasuk kelambu, 4 bantal,2 tikar, bbq set, 1 meja, 4 kerusi, lampu dan soket.
RM20/Small = Pondok/Sulap Tradisional (pungit) termasuk bantal, tikar beserta lampu
RM30/Big = Pondok/Sulap Tradisional (kudingking) Sesuai untuk santai-santai atau kupi-kupi
(Sewa Sulap untuk Walk in sahaja boleh rujuk dengan kaunter pendaftaran)
PAKEJ Kemudahan Lain
RM20/malam =Camp muatan 3-4org +1 tikar + 2 bantal
RM15/malam = Camp muatan 2 org + 1tikar dan 2 bantal
RM20 =Mini Kanopi + 4 kerusi +1 meja
RM5 =Set BBQ (Terhad)
RM5 =Meja Lipat (terhad)
RM2 =Caj HP sampai penuh
RM1 tambahan 1 kerusi
PAKEJ Kemudahan Aktiviti
RM5(Besar),RM3(sederhana), RM5(Baring) =Pelampung Tiub
RM10/6org (1team) or RM20/12org (2Team) = Bermain Bola Tampar/Volleyball
AKTIVITI LAIN
Games/aktiviti riadah/dll
Round2 Kolam ternakan dan sawah padi/Mau beli ikan pun boleh (perkg)
SPA ikan Jinak (Talapia Merah) pun ada(kolam) sambil bagi makan ikan(Makanan ikan RM2)
Santai2 or kupi2 di meja bambu
Mandi sungai sambil main pelampung/baradol..aramai moti
Menikmati Mee sup made in SVC
KEMUDAHAN LAIN
Tandas L dan P
Persalinan + Kamar mandi L dan P
Bekalan Elektrik (Lampu sportlight dikawasan Camping dan tandas)
Line celcom/maxis/U mobile available
Kawasan Parking yang luas
kawasan camping yang luas
Mini Shop SVC
Untuk maklumat lanjut CallWhatsapp:
Pn. Alistah Akau www.wasap.my/60128247260
Saibon Tumpangon www.wasap.my/60143540322
Eysta Ashella Saibon www.wasap.my/601131426742
Jemie Likinsim www.wasap.my/60198315520
Pausi Sepikit www.wasap.my/601125275302
En. Leslie www.wasap.my/601135208186
Polumpung Melangkap View Camp Site
Lokasi: Polumpung Melangkap View Camp Site
Hubungi nombor berikut untuk keterangan lanjut. Deposit diperlukan untuk tempahan.
Call/Whatsapp
016 824 6529
014 650 4122
Aktiviti
Merupakan pusat rekreasi yang terkenal untuk aktiviti perkhemahan dan mandi manda. Polumpung Melangkap View Camp Site menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang sesuai untuk keluarga dan berkumpulan.
Informasi lengkap adalah seperti berikut:
Pakej
Yuran Kemasukan – *Tidak Bermalam * DAYTRIP/PICNIC (Warganegara Malaysia)
RM3 (Dewasa 13 tahun ke atas)
RM2 (Kanak-kanak 12 tahun hingga 7 tahun)
Percuma [Kanak-kanak 6 tahun ke bawah, warga emas (60 tahun ke atas) dan OKU]
Yuran Kemasukan
* Bermalam*
( Warganegara Malaysia)
RM6 (Dewasa 13 tahun ke atas)
RM4 (Kanak-kanak 12 tahun hingga 7 tahun)
Percuma [Kanak-kanak 6 tahun ke bawah, warga emas (60 tahun ke atas) dan OKU]
Yuran Bermalam (Bukan Warganegara Malaysia)
RM12/seorang/malam (Dewasa)
RM8/seorang/malam (Kanak-kanak)
Kemudahan atau Fasiliti
Khemah
Kem muat 2 orang – RM10/malam
Kem muat 4 orang – RM20/malam
Kem muat 6 orang – RM30/night
Kem muat 8 orang – RM40/night
Pelampung tiub
RM3 ke atas/sebuah (bergantung kpd size)/3 jam (First come first serve)
Life Jacket RM3/3 jam (First come first serve)
Bantal – RM3/sebiji/malam
Sleeping bag – RM5/sehelai/malam
Tikar plastik – RM3/sehelai/malam
Tilam kekabu – RM4/sehelai/malam
Kerusi – RM1
Meja – RM5
BBQ pit – RM10 (arang dan bbq utensil tidak disediakan)
Canopy – RM15
Pondok Khemah RM30-RM40
Portable Gas RM15
Dewan Terbuka RM10/jam
Portable speaker – RM10/jam
LDC – RM10/jam
Kipas – RM5/jam
Bekalan elektrik di sediakan (tertakluk kepada caj)
Pondok Dapur – RM30
Unggun Api – RM20
Pengangkutan – Van dengan muatan 13 orang penumpang RM350 pergi balik KK-PMVSC-KK (pemandu disediakan)
Mandi sungai (Sungai Panataran airnya sejuk dan jernih daripada kaki Gunung Kinabalu)
River tubing Sungai Panataran
BBQ (upon request)
Unggun Api (upon request)
Camping
Aktiviti Riadah Lain/Exercise/Games/Treasure Hunt/dll. (Peralatan dan aktiviti disediakan/dijalankan sendiri oleh guest)
kemudahan seperti bilik sembahyang, bilik persalinan, tandas turut disediakan
Mempunyai liputan rangkaian telefon iaitu Celcom dan Maxis
keadaan jalan berturap untuk sampai di lokasi ini
Eco Pelancongan Tagal Kampung Talungan
Lokasi: Tagal village ecotourism Talungan
Terletak di kampung Tolungan, Kota Belud. Pusat Rekreasi ini sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan juga secara berkumpulan. Anda boleh berkhemah, bermandi-manda, berakit, flying fox, melihat dan memberi makan ikan-ikan bermain di gigi air, dan juga bermalam di tempat ini.
Kemudahan yang disediakan termasuk tandas, bilik mandi, tempat penginapan dan kemudahan barbeku, tiub tayar untuk dijadikan pelampung, kedai runcit dan juga dapur.
Yuran masuk adalah RM3.00 (dewasa) dan RM 2.00 (kanak-kanak).
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi nombor berikut:
1. Florance – 0178114508
2. Florinah- 0128191678
3. Harlina – 0128497801 (whatapps sahaja)
4. Rostinah – 0178607613
4. Wendy -01114183732
Eco Pelancongan Kampung Terintidon
Lokasi: Eco Pelancongan Kg. Terintidon
Keterangan Lanjut/ Tempahan: 016-8340421
Terletak di Kampung Terintidon, Kota Belud.
Aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti belajar menebarkan jala (Rambot), jungle trekking dan berekreasi bersama keluarga.
Aktiviti jungle trekking termasuklah mendaki Bukit Garas (2.45km), Bukit Kilabi (4km), berkhemah di Base Camp Nolobuh sejauh 7km perjalanan secara jungle trekking.
Untuk aktiviti jungle trekking ke Nolobuh Base Camp, anda boleh memilih pakej 2 hari 1 malam atau secara perjalanan pergi balik yang mengambil masa 1 hari. Antara aktiviti di sini ialah perjalanan meneroka gua yang sangat mencabar (anda terpaksa berenang, merangkak dan memanjat) dan akhirnya melihat suasana air terjun di dalam gua.
Kemudahan yang disediakan termasuklah pondok di tepi sungai lengkap dengan peralatan barbeku. Terdapat beberapa pondok (sulap) yang disediakan khas untuk pengunjung yang ingin bermalam dengan kemudahan yang minimal iaitu pelita sebagai lampu malam.
Tandas dan bilik mandi juga disediakan untuk pengunjung.
Borneo Bayau Flying Fox
Lokasi: Borneo Bayau Flying Fox, Jalan Kota Belud-Ranau
Contact: 013-3351857
Telegram: m.me/Borneobayauflyingfoxx
Dengan jarak 340 meter dan pada ketinggian kira-kira 50 meter, pada cuaca yang cerah anda akan terbang dengan Gunung Kinabalu berada di sebelah kanan anda.
Rakamkan saat ini dengan kamera anda dan simpan memori yang sukar untuk diperoleh saat-saat anda terbang bersama kami.
Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi nombor diatas.
Melangkap Nabalu Rafflesia
Lokasi: Melangkap Nabalu Rafflesia
Telegram: m.me/MNRecotourism
Hubungi: 014-6501940
Anda inginkan ketenangan suasana kampung di tepi sungai dengan udara yang nyaman dan sejuk dikala senja ? Bagaimana jika anda cuba menginap dan bersantai di Melangkap Nabalu Rafflesia?
Aktiviti biasa di sini ialah berkhemah, hiking ke Bukit Melangkap, menyusur Sungai Panataran dan bermandi manda.
Tempat ini juga menyediakan pondok tradisional, homestay, bilik persalinan serta tandas.
Nahandang Melangkap Homestay & Campsite
Lokasi: Nahandang Melangkap Homestay & Campsite
Telegram: m.me/nahandanghomestay
Hubungi: 014-868 9269
Masih lagi tercari-cari tapak perkhemahan dan homestay? bagaimana dengan tempat ini?
Aktiviti utama ialah barbeku, berkhemah dan bermandi manda.
Kemudahan yang disediakan ialah seperti kelengkapan barbeku, kerusi dan meja kayu untuk bersantai, tandas, bilik persalinan, sewa khemah dan homestay.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi pengurus tempat ini melalui nombor dan pautan telegram diatas.
Eco Pelancongan Ikan Jinak Sungai Paramat, Melangkap Tiong
Lokasi: Eko Pelancongan Melangkap Tiong
Telegram: m.me/bombonparamat
Hubungi: 016-835 0787
Merupakan salah satu tempat dimana anda boleh melihat, memberi makan,membelai dan memegang ikan. Jangan risau, ikan ini tidak akan mencederakan anda. Lagipun ikan ini tidak bergigi.
Bagaimana jika anda bermandi manda bersama ikan-ikan jinak ini?
Kemudahan disediakan termasuk tandas dan bilik mandi dan bilik persalinan.
Pak Tuah Coral Beach Homestay
Lokasi: Pak Tuah Coral Beach Homestay
Telegram: Pak Tuah Coral Beach Homestay
Hubungi: 017-801 3017
Terdiri daripada 5 buah homestay ringkas yang berhadapan dengan pantai. Terdapat jeti kecil yang sesuai untuk anda bersantai dan mungkin boleh mencuba nasib untuk memancing di sini.
Biasanya tempat ini sesak terutamanya pada hujung minggu. Sangat sesuai untuk anda yang ingin menginap di tempat ini secara berkumpulan atau dalam jumlah keluarga yang besar
Sesuai untuk bermandi-manda, bermain pasir bersama anak-anak, dan menikmati suasana pemandangan dikala senja menjelang.
Pantai Rangbulan
Lokasi: Pantai Rangbulan
Telegram: m.me/Pantairangbulan
Whatapps/Hubungi: 013-8986380
Pantai Rangbulan menyediakan perkhidmatan penginapan (chalet) dan site camping, memancing, banana boat, kawasan mandi manda, sukan pantai seperti berkayak dan banyak lagi.
Juga menyediakan tempat untuk aktiviti seperti hari keluarga, sambutan hari jadi, pakej perkahwinan dan sebagainya.
Taburan Eco Resort
Lokasi: Kampung Toburan
Hubungi: Mr Abai Gumpai (0128391045)
Merupakan kawasan pantai yang mempunyai pemandangan yang menarik. Sesuai untuk berekreasi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Terdapat rumah tradisi Dusun Tobilung. Anda boleh berkemah atau bermalam di tempat ini sambil menikmati suasana malam yang tenang, melihat bintang juga menikmati suasana matahari terbit dan terbenam.
Cabana Retreat
Lokasi: Cabana Retreat
Telegram: m.me/cabanaretreat
Hubungi: 013-885 0903
Terletak di Kampung Rampayan, Kota Belud. Yuran Masuk adalah RM 5.00 seorang.
Mencari kelainan dalam berkhemah ? Cabana Retreat mungkin tempat yang sesuai untuk anda.
Tempat ini juga sesuai untuk bermandi-manda, menikmati waktu senja dan bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan.
Juga menyediakan pelbagai pakej seperti perkahwinan, sambutan hari jadi dan sebagainya. Anda juga boleh membawa khemah anda dan berkhemah di tempat ini dengan yuran masuk yang berpatutan.
Dedsaan Beach Village
Lokasi: Ded’Saan Beach Village
Telegram: m.me/dedsaanbeachvillagekotabelud
Terletak di Kampung Rampaian Laut, Kota Belud. Jika anda bercadang untuk beriadah bersama keluarga, mungkin ini merupakan tempat yang sesuai, anda boleh bermandi manda, bersiar-siar di pesisiran pantai dan menikmati pemandangan mentari senja.
Yuran masuk adalah serendah RM 2.00 seorang sahaja.
Dragon Pearl Beach Resort Sdn. Bhd.
Lokasi: Dragon Pearl Beach Resort Sdn. Bhd. Kota Belud
Waktu Urusniaga: 8.30 am hingga 6.30 pm
Terletak di Kampung Mangkabar, Jalan Pituru Laut. Merupakan pusat peranginan yang terkenal untuk aktiviti Snorkeling, berkayak, berkemah, memancing dan jungle trekking dengan harga yang berpatutan untuk setiap aktiviti.
Juga menyediakan tempat penginapan serendah RM 60 untuk penginapan berbentuk pondok dan RM 30 (khemah).
Yuran masuk yang dikenakan adalah RM 5.00 bagi dewasa dan RM 2.00 untuk kanak-kanak (5-12 tahun).
Untuk informasi lanjut berkaitan dengan perincian harga serta aktiviti, sila ke pautan berikut: Dragon Pearl Beach Resort: Lokasi Snorkeling Menarik di Kota Belud.
Sebenarnya masih banyak lagi tempat menarik di sekitar Daerah Kota Belud, tetapi pihak info santai masih belum mempunyai info bagi tempat-tempat menarik tersebut, jika anda merupakan pengurus pusat pelancongan terutamanya di Kota Belud, sila berhubung dengan admin melalui email atau terus sahaja nyatakan tempat menarik tersebut di ruangan komen dibawah.
The post 14 Tempat Menarik Di Kota Belud 2019 Untuk Destinasi Pelancongan Anda appeared first on InfoSantai.
✍ Sumber Pautan : ☕ InfoSantai
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ESUQQP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment