Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dron Pengiring Kratos XQ-58A Valkyrie Berjaya Melakukan Penerbangan Pertama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dron Pengiring Kratos XQ-58A Valkyrie Berjaya Melakukan Penerbangan Pertama

Selepas dua minggu Boeing Airpower Teaming System (BATS) diumumkan untuk Tentera Udara Diraja Australia, dron Kratos XQ-58A Valkyrie telah melakukan penerbangan pertamanya minggu lalu. Ini ialah sebuah lagi dron yang direka khusus untuk menjadi pesawat pengiring (wingman) untuk pesawat tempur F-22 dan F-35  milik Tentera Udara Amerika Syarikat.

XQ-58A Valkyrie berjaya melakukan penerbangan selama 76 minit di  ruang udara Yuma Proving Ground. Dron ini dibangunkan oleh Kratos Unmanned Aerial Systems (KUAS) dan US Air Force Research Laboratory (AFRL) bagi memenuhi keperluan pesawat pengiring berkos rendah. Setiap XQ-58A Valkyrie boleh digunakan di dalam konfigurasi sebagai pesawat pengintip atau menyerang dengan kemampuan membawa bom dari keluarga JDAM atau bom biasa berdiameter kecil.

Dron sepanjang 9 meter ini mempunyai kelajuan maksimum 1050 km/j, mampu terbang setinggi 13,715 meter dan terbang sejauh 3941 km. Menarik sekali ia boleh berfungsi sebagai pesawat pengiring secara berdikari atau berkumpulan dengan UAV yang lain.

Selain Kratos, sistem dron Gremlin juga sedang melakukan ujian selepas menerima dana dari DARPA. Gremlin boleh dilancarkan dari pesawat pengangkut C130 Hercules untuk melakukan misi intipan sebelum kembali semula ke dalam pesawat induk.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Ts2pIg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.