Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Mengumumkan Telah Menghantar 10 Juta Unit Peranti Siri Mate 20 Secara Global - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Mengumumkan Telah Menghantar 10 Juta Unit Peranti Siri Mate 20 Secara Global

Siri peranti Huawei Mate 20 boleh dikatakan diantara peranti Android terbaik pada tahun 2018 oleh kerana prestasi, rekaan dan juga kebolehan kamera peranti tersebut.

Maka tidak hairanlah bahawa Huawei baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah menghantar sebanyak 10 juta unit peranti tersebut sejak bulan Oktober tahun lalu apabila ia mula-mula diumumkan.

Siri peranti Huawei Mate 20 terdiri daripada dua peranti, iaitu Huawei Mate 20 dan juga Huawei Mate 20 Pro yang dikuasakan oleh CPU Hisilicon Kirin 980, dimana kedua-dua peranti ini hadir dengan paparan bersaiz besar (6.53 inci untuk Mate 20, 6.39 inci untuk Mate 20 Pro) dan sistem kamera yang berkuasa (lensa 12MP, 16MP dan 8MP untuk Mate 20, 40MP, 20MP dan 8MP untuk Mate 20 Pro).

Walaupun peranti Huawei P30 bakal dilancarkan pada penghujung bulan Mac 2019, penurunan harga siri Huawei Mate 20 baru-baru ini pastinya akan membuat mereka yang masih diatas pagar untuk mendapatkan peranti ini ingin untuk membelinya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J2f8g4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.