Hi! Welcome Back and Stay Tune! Trend Micro – Malaysia Hadapi Ancaman Perisian Hasad Terbanyak Di Asia Tenggara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Trend Micro – Malaysia Hadapi Ancaman Perisian Hasad Terbanyak Di Asia Tenggara

Perkembangan arena internet turut membawa kepada pelbagai ancaman sekuriti baru yang lebih mencabar dari hari ke hari – sekaligus memberikan impak terhadap bukan sahaja pengguna, tetapi juga pelbagai organisasi.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini Trend Micro telah mengeluarkan laporan Security Roundup 2018 yang memperlihatkan bahawa Malaysia menduduki tangga teratas di Asia Tenggara untuk jumlah perisian hasad yang telah dapat dikesan di sesuatu negara. Ancaman yang dihadapi ini dikatakan melebihi 16 juta perisian hasad sepanjang tahun pada 2018, manakala secara puratanya pula melebihi 45,000 setiap hari.

Pada tahun lalu, Malaysia juga turut menduduki tempat kedua di Asia Tenggara berhubung dengan serangan kompromi e-mel perniagaan (BEC). Menurut Biro Penyiasatan Persekutuan di Amerika Syarikat (FBI), BEC telah menyebabkan kerugian sebanyak $12.5 bilion (RM50,956,250,000). Trend Micro menekankan penipuan BEC ini telah lama menjadi masalah utama pada syarikat yang berpangkalan di Malaysia.

Di Malaysia, perbelanjaan ke atas produk dan perkhidmatan teknologi dijangka mencapai RM65.2 bilion pada tahun 2019, terdapat peningkatan sebanyak 4.6% daripada 2018. Memandangkan negara terus memacu kearah transformasi digital pada penggunaan teknologi baru, terutamanya peranti berhubung dan awanan hibrid persekitaran, usaha melindungi dataraya daripada ancaman perusahaan ini perlu dipertingkatkan.

Oleh itu, Goh juga turut memberi amaran bahawa perusahaan perlu mengukuhkan lagi pertahanan keselamatan siber mereka pada setiap sudut dan lapisan rangkaian. Perihal ini membendung daripada berlakunya permasalah pencerobohan dataraya milik pelanggan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2XOABMY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.