Vivo Mempatenkan Peranti Dengan Dwi-Kamera Persikop
Vivo NEX adalah peranti pertama yang mempopularkan peranti dengan kamera swafoto yang tersembunyi. Sistem kamera ini digelar sebagai kamera periskop. Dengan implementasi kamera seperti ini, rekaan skrin peranti akan menjadi lebih cantik, menyeluruh dan lebih menawan.
Terkini, Vivo dilihat telah mempatenkan sistem kamera periskop yang lebih dahsyat – dwi-kamera periskop. Dari segi rekaan dalam paten ia kelihatan mirip Vivo NEX, tetapi disebabkan dagu yang tebal di bawah ia mungkin adalah peranti kelas pertengahan premium seakan Vivo V15 Pro.
Melalui dwi-kamera periskop, Vivo mungkin boleh hadir dengan lensa biasa dan lensa untuk bokeh atau lensa lebar atau juga lensa ToF. Disebabkan paten ini baru sahaja muncul, tidak pasti lagi bila peranti ini akan diperkenalkan. Sama-sama kita nantikan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2XOHD4o
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment