Hi! Welcome Back and Stay Tune! Flickr Tidak Akan Mengambil-Kira Gambar “Creative Commons” Dibawah Had 1000 Gambar Percuma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Flickr Tidak Akan Mengambil-Kira Gambar “Creative Commons” Dibawah Had 1000 Gambar Percuma

Flickr sebelum ini telah melakukan pelbagai perubahan dibawah pemilik baru, termasuk mengumumkan mereka akan mengehadkan akaun percuma kepada hanya 1000 gambar sahaja – dan pengguna perlu menaik-taraf kepada Flickr Pro untuk menikmati storan tanpa had.

Kini, lanjutan daripadanya, pihak Flickr hari ini turut berkongsi mengatakan mereka tidak akan mengambil kira gambar yang dilesenkan dibawah “Creative Commons” dibawah had berkenaan. Ini sekaligus membolehkan ramai pengguna terus memuat-naik gambar dibawah lesen Creative Commons.

Untuk makluman, Creative Commons merupakan salah satu penawaran lesen dalam bentuk “terbuka”, yang menawarkan kebolehan untuk pengguna lain menggunakan gambar atau video anda dengan memberikan kredit yang sepatutnya. Terdapat beberapa variasi lesen Creative Commons pada hari ini, termasuk yang memberikan anda kebebasan untuk membuat perubahan dan sebagainya.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan membolehkan komuniti untuk terus berkongsi gambar secara terbuka dibawah lesen Creative Commons, dan tidak perlu risau akan had yang dikenakan Flickr terhadap akaun percuma lain.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NVnXa9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.