Hi! Welcome Back and Stay Tune! Persaingan Dalaman Adalah Penyebab Kamera Peranti Xperia Tidak Sebaik Kamera Sony Yang Lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Persaingan Dalaman Adalah Penyebab Kamera Peranti Xperia Tidak Sebaik Kamera Sony Yang Lain

Pernah suatu ketika peranti Sony Xperia terkenal dengan kemampuan kamera yang amat mengagumkan. Sony Xperia Z3 yang dilancarkan lima tahun yang lalu adalah peranti pilihan kami untuk mengambil gambar. Tetapi kualiti gambar yang diambil peranti mudah alih Sony mula mengecewakan selepas itu dengan masalah hingar serta lambat beroperasi. Sensor yang sama apabila digunakan pada peranti pengeluar lain boleh mengambil gambar pada kualiti yang jauh lebih baik.

Misteri mengapa ini berlaku akhirnya terjawab menerusi temubual laman Trusted Reviews dengan Adam Marsh yang merupakan pengurus kanan pemasaran global Sony. Menurut beliau persaingan di antara perniagaan peranti mudah alih dan kamera digital adalah penyebab utama. Pihak kamera digital tidak mahu berkongsi kepakaran fotografi mereka kerana risau ia akan menyebabkan jualan mereka terjejas jika telefon pintar Sony mempunyai kemampuan kamera yang setanding.

Ini akhirnya berubah tahun lalu apabila Kaz Hirai digantikan oleh Kenichiro Yoshida sebagi CEO. Sebagai langkah penstrukturan semula, Kimio Maki yang dahulunya mengepalai bahagian kamera Sony Alpha kini mengetuai bahagian peranti mudah alih. Hasilnya beliau kini menggalakkan kerjasama di antara pasukan Alpha, Cybershot dan Xperia.

Sony Xperia 1 ialah produk pertama di mana input perniagaan kamera Sony digunakan untuk memperbaiki kemampuan kamera Xperia. Enjin pemproses imej Bionz X dari kamera Alpha kini digunakan pada peranti mudah alih bersama dengan sistem pemfokusan Eye AF yang juga selama ini hanya ditemui pada kamera digital Sony.

Adam Marsh juga menjawab soalan mengapa sensor 48-Megapixel IMX586 tidak digunakan pada Xperia. Sensor ini adalah besar tetapi tidak hadir dengan sistem stacked CMOS yang membolehkan rakaman 960 FPS yang merupakan fungsi menarik peranti Xperia. Oleh sebab itu sensor sistem tri kamera dengan sensor 12-Megapixel stacked CMOS digunakan.

Maka terjawablah sudah misteri yang membingungkan peminat peranti Xperia selama ini. Persoalannya adalah penyelarasan semula hala tuju perniagaan peranti mudah alih Sony menerusi Xperia 1 akan mengembalikan semula zaman kegemilangan mereka.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J3uT6E

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.