Air Asia Menawarkan Penggunaan Fon Kepala Sony WH-1000XM3 Kepada Pelanggan Premium Flatbed
Tahun lalu saya telah mengelilingi dunia hampir tiga kali kerana melakukan tugasan ke luar negara. Antara aksesori yang saya rasakan perlu apabila terperangkap di dalam penerbangan selama 16 jam ialah fon kepal dengan pembatalan hingar aktif. Bunyi deruman enjin jet dan anak kecil menangis dapat ditapis dengan efektif. Tetapi kami sedari fon kepala dengan pembatalan hingar ini adalah di luar kemampuan kebanyakan pengguna.
Bagi pelanggan Air Asia ada berita baik pagi ini kerana mereka menawarkan fon kepala Sony WH-1000XM3 kepada semua pelanggan Premium Flatbed. Sony WH-1000XM3 ialah antara fon kepala nirwayar dengan pembatalan hingar terbaik di pasaran. Ia adalah aksesori standard yang boleh digunakan pelanggan dalam penerbangan Air Asia yang melebihi 5 jam. Dengan penawaran ini, penerbangan yang lama akan lebih selesa kerana tiada gangguan bunyi akan menerjah telinga penumpang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2UOi1ml
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment