Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Memasak Masakan India Ayam Varuval , Warisan Turun Temurun Jom Cuba - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Memasak Masakan India Ayam Varuval , Warisan Turun Temurun Jom Cuba

Varuval tu maksudnya garing..haa terjadilah ayam masak garing yang sungguh lazat ini. Masakan India ini antara sajian popular di kalangan masyarakat India. Orang Melayu pun gerenti suka lah.

Jom ikut langkah memasaknya seperti yang dikongsikan oleh Kalaivani a/p Krishnasamy ini.

AYAM VARUVAL

BAHAN PERAP:

  • 1/2 ekor Ayam
  • Halia
  • Bawang putih
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk kari
  • Garam

CARA MEMASAK:

  • Perap ayam dengan semua bahan perapan

  • Perap ayam dalam satu jam. Kemudian boleh goreng macam biasa dalam minyak yang banyak (deep fry)

BAHAN VARUVAL:

  • 4 sudu besar jintan manis
  • 15 ulas bawang putih
  • Daun kari
  • Cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • Halia-ditumbuk halus
  • 1 biji tomato
  • 3 sudu besar serbuk cili/ cili kering kisar

CARA MEMASAK:

  • Goreng jintan manis dalam minyak. Ketepikan.

  • Goreng cili kering, bawang putih dan daun kari. Ketepikan juga. Bahan-bahan ini nak letak banyak pun boleh sebab tidak akan pedas dan tidak akan ade bau bawang putih. Lagi tambah lagi sedap.

  • Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan tomato. Tumis sampai bawang tukar warna.

  • Sudah bertukar wana boleh masukkan serbuk cili kering atau cili kering kisar. Tambah ikut selera masing-masing sebab varuval tidak boleh pedas sangat sebab nanti tidak sedap. Masak atas minyak jangan letak air sebab air dari bawang itu pun dah cukup. Kalau mahu lebih sedap tambah lagi bawang.

  • Perasakan dengan garam dan gula. Tunggu sampai garing dan pecah minyak sebab varuval kena garing dan rasa manis sedikit

  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng tadi jintan manis, cili kering, bawang putih dan daun kari. Gaul hingga sebati.

  • Selepas itu masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sebati dan rasakkan lagi jika perlu tambah bahan perasa.

  • Sudah siap boleh tutup api. Boleh taburkan daun pudina atau daun ketumbar.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Kalaivani Krishnasamy


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TZKIPK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.