Rumput Tepi Rumah Ini Rupanya Herba Penawar Demam Denggi, Memang Tak Sangka
Demam Denggi ini boleh jadi bahaya kalau tak segera dirawat. Ada saranan kalau dijangkiti demam denggi rawatilah dengan penawar seperti air 100 plus, sup ketam dan air jambu batu merah.
Perkongsian daripada Puan Azrah Haji Sulaiman tentang satu lagi alternatif perawatan yang boleh dipraktikkan dengan tumbuhan yang banyak hidup di sekeliling rumah kita.
Anda pasti tidak menyangka, pokok liar di tepi rumah kita adalah herba kepada penyakit denggi. Saya tidak tahu nama pokok ini. Baik nama kampung,atau nama saintifiknya, memang saya tidak tahu. Kenal dah lama. Zaman kecik2 dulu, selalu kutip dan buat main masak2.
Rupanya Pokok Ini Mustajab..
Ketika mama diserang denggi, ada auntie katil sebelah selalu minum air hijau, katanya ubatan herba. Satu hari, anak lelakinya bawa pokok ini kepada mama dan bagitahu mama, kaum cina selalu guna pokok ini sebagai rawatan denggi.
Tujuannya untuk naikkan platlet pesakit. Kami pun mencuba. Alhamdulillah, sehari selepas mencuba, platlet mama naik, dan esoknya dilepaskan keluar ward.
Ketika suami saya Imran Arif diserang denggi, mama kirimkan sekotak pokok ini yang dikutipnya di tepi-tepi rumah memandangkan suami alergi kepada ketam. Alhamdulillah, denggi suami juga pantas kesembuhannya.
Di kesempatan ini, saya share ilmu yang kami dapati dari auntie dan keluarganya. Kita berusaha, Allah juga yang berkuasa untuk memberi kesembuhan, InsyaAllah.
Cara Makan
- Kisar pokok ini yg dipotong sehingga akar umbi dengan brown sugar.
- Kemudian tapis, dan minum.
Nota Kemaskini
- Pokok ini dikenali dengan sawi langit (Vernonia cinerea)
- Pokok sawi langit ini hampir sama bunganya dengan bayam pereaksi. Jadi sebelum anda merebusnya pastikan anda pilih dan ambil jenis sawi langit dan bukannya pokok bayam pereaksi.
- Mudah tumbuh meliar di sekeliling rumah kita. Kadangkala kita akan menyangka ianya cuma rumput biasa.
Sumber: Azrah Haji Sulaiman
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JnlRl2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment