Hi! Welcome Back and Stay Tune! Grab Malaysia Akan Mengenakan Caj Pembatalan Antara RM3 Ke RM5 Bermula 25 Mac - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Grab Malaysia Akan Mengenakan Caj Pembatalan Antara RM3 Ke RM5 Bermula 25 Mac

Grab sebelum ini telah mengenakan caj pembatalan di Singapura untuk pelanggan yang membuat tempahan dan seterusnya membatalkan tempahan mereka selepas 5 minit. Kini, perkara berkenaan turut diperlanjutkan untuk pasaran Malaysia.

Grab Pembatalan

Menurut Grab, bermula 25 Mac 2019 ini, pelanggan di Lembah Klang akan dikenakan caj pembatalan ini, dan pengguna di bandar lain akan mula dikenakan caj pembatalan ini bermula 27 Mac 2019 kelak.

Caj pembatalan ini akan dikenakan selepas tempoh 5 minit seseorang pengguna untuk menerima kenderaan seru-pandu mereka. Untuk perkhidmatan GrabCar, JustGrab, GrabShare, GrabTaxi, ia akan dikenakan caj pembatalan sebanyak RM3. Untuk perkhidmatan GrabCar (6 penumpang) akan dikenakan caj pembatalan sebanyak RM4, dan GrabCar (Premium) pula RM5.

Caj pembatalan ini juga akan tertakluk sekiranya pemandu telah tiba di tempat mengambil penumpang – tetapi penumpang gagal hadir dalam masa lima minit yang telah ditetapkan.

Dari segi pembayaran caj pembatalan, pengguna yang menggunakan GrabPay, cas akan dikenakan serta-merta. Sementara untuk yang menggunakan bayaran tunai, anda akan tertakluk untuk membayarnya pada tempahan seru-pandu seterusnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Huhpiz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.