Perdana Menteri Australia Mahu Fungsi Penstriman Langsung Media Sosial Digantung
Insiden serangan pengganas di dua buah masjid di Christchruch, New Zealand mendapat perhatian dunia. Pengganas menggunakan media sosial untuk menstrim secara langsung tindakan beliau menembak puluhan jemaah yang sedang melakukan ibadah solat Jumaat. Pasca serangan, video serangan beliau dikongsi secara tidak bertanggungjawab sehingga perlu dihalang oleh laman seperti Facebook.
Terkini Perdana Menteri Australia, Scott Morrison ingin fungsi penstriman langsung oleh pengguna digantung pada platform media sosial yang dikelolakan oleh Google ,Facebook dan Twitter. Menurut beliau sebelum ini fungsi tersebut pernah digantung sementara di Facebook selepas kejadian membunuh diri distrim. Pihak media sosial kemudian berjanji perkara yang sama tidak akan berulang dengan meletakkan beberapa kawalan dan fungsi melaporkannya diaktifkan. Namun seperti yang dapat kita lihat kawalan sedia ada tidak efektif.
Selepas insiden keganasan terkini, kerap kali platform dan permainan video dipersalahkan. Malahan di Malaysia terdapat pihak yang mahu permua diharamkan secara pukal. Setiap kali berlaku tragedi, simptom yang dicegah dan bukannya penyebab. Ini adalah kegagalan yang sudah berulang berdekad lamanya. Selagi penyebab keganasan sebenar iaitu ideologi fasis tidak dikekang, selagi itulah insiden seperti ini akan berulang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2unul1j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment