Hi! Welcome Back and Stay Tune! Resipi Kek Oren Lembap Sedap Dikukus Mahupun Dibakar, Mudah Mesti Cuba Buat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Resipi Kek Oren Lembap Sedap Dikukus Mahupun Dibakar, Mudah Mesti Cuba Buat

Teringin nak baking kek? Paling mudah min kongsikan resipi kek oren oleh Kuqhen, ringkas penyediaannya hanya menggunakan periuk nasi. Resipi kek oren lembap ini boleh dimasak dengan dua cara sama ada kukus ataupun boleh juga dibakar. Enak dimakan panas-panas lagi, anak-anak pun makan bertambah sedap.

Kek oren ni berasaskan daripada pati minuman sunquick, parutan kulit oren dan buah oren yang ditabur dalam kek yang belum dibakar lagi supaya rasanya lebih UUMMMMP.

Sedikit tip ingin dikongsi ialah cara penyimpanan kek supaya tahun lebih lama disebabkan kek ni tiada bahan pengawet, jadi anda kena simpan dalam bekas tupperware yang kedap udara dan simpannya di dalam peti ais.

Oppss lupa plak.. untuk pastikan kek sudah masak atau tidak caranya cucuk lidi atau buluh dalam kek dan keluarkan jika ia tidak melekat tandanya kek anda sudah masak.

Kek Oren Moist

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

★ Satukan ketiga-tiga bahan di atas, gaul sekejap dan ayak 2-3 kali untuk mendapatkan tekstur kek oren yang halus.

  • 4 biji telur gred A Atau 5 biji telur gred B
  • 2 sudu makan lapisan luar parutan kulit buah sunkist ( jangan parut sampai ke kulit putih, pahit kek nanti)
  • 1/2 cawan pati sunquick
  • 2/3 cawan gula
  • 2/3 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 1 cawan air panas
  • 1sudu teh vanilla
  • Sedikit pewarna kuning lemon, kuning telur @ kaler oren

Cara-cara:

1. Dalam bekas, pecahkan telur dan buangkan tali pusat telur untuk elakkkan bau hanyir. Masukkan gula dan telur dan pukul sebati, barulah dimasukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis berselang seli dengan minyak sambil dipukul sebati. Bole guna mixer mesin atau tangan.

2. Tambahkan susu, pukul sekejap dan masukkan air panas, pukul lagi hingga adunan kelihatan licin tidak berketul. Terus campurkan sunquick, pukul lagi hingga sebati dan adunan kelihatan mula berkembang pada proses ini.

3. Akhir sekali letakkan parutan kulit oren juga pewarna. Pukul sekejap hingga warna sekata dan adunan kek oren boleh dimasak dengan cara kukus atau bakar. Tabur buah oren sikit supaya lebih sedap.

*Bakar dalam periuk nasi. Selamat mencuba bagi yang mengidam kek oren.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Jq18gm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.