Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengembaraan Ke Angkasa Lepas Mengaktifkan Semula Virus Dorman Pada Tubuh Angkasawan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengembaraan Ke Angkasa Lepas Mengaktifkan Semula Virus Dorman Pada Tubuh Angkasawan

Saintis seperti mendiang Stephen Hawkings percaya masa depan manusia untuk terus wujud di alam semesta ialah dengan berpindah dari bumi. Jika ini tidak dilakukan dalam masa 600 tahun, kita akan pupus kerana kehausan sumber untuk meneruskan hidup. Tetapi pengembaraan ke angkasa lepas mendatangkan pelbagai bahaya ke atas sistem ketahanan tubuh dari serangan jangkitan.

Kajian terkini dari NASA mendapati pengembaraan ke angkasa lepas melemahkan sistem imunisasi tubuh dan pada waktu yang sama mengaktifkan semula virus yang dorman. Tekanan ketika melakukan misi menyebabkan tubuh merembeskan lebih banyak hormon kortisol dan adrenaline yang menindas sistem ketahanan tubuh. Kesan penindasan sistem ketahanan tubuh ini dikesan sehingga 60 hari selepas pulang ke bumi.

Di dalam kajian yang dilakukan, sampel air ludah, air kencing dan darah angkasawan diambil sebelum, ketika serta selepas melakukan misi. Virus dorman seperti herpes ditemui di dalam sampel cecair tubuh yang diambil dari angkasawan ketika dan selepas pulang dari misi. Ia tidak dikesan sebelum menjalankan misi. Antara virus yang ditemui ialah herpes oral serta kemaluan (HSV, cacar air dan kayap (VZV).

Bagi memastikan misi ke Marikh dan lebih jauh lagi selamat dilakukan oleh angkasawan manusia. Oleh itu vaksinasi untuk menentang virus perlu diambil oleh angkasawan. Malang sekali pada waktu ini hanya vaksin menentang VZV berjaya diuji pada angkasawan. Pada waktu yang masa semakin lama mereka menjalankan misi di angkasa lepas, sistem ketahanan tubuh mereka semakin lemah dan ini boleh mendedahkan mereka kepada bahaya jangkitan.

Selain masalah ini, angkasawan juga berhadapan saiz jirim putih yang mengecut dan tekanan pada saraf mata yang mengakibatkan penglihatan terjejas.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HFv4Cz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.