Apple Dianugerahkan Paten Baharu Untuk Kabel Pengecas Magnetik – Adakah MagSafe Bakal Kembali?
Apple MacBook 12 yang dilancarkan pada tahun 2015 memberikan kejutan kerana tidak disertakan dengan port pengecas MagSafe. Sebaliknya Apple hanya menyertakan port USB-C sekaligus menghentikan sokongan sistem pengecas yang boleh ditanggalkan secara magnetik ini.
Bagi mereka yang merindui MagSafe, Apple telah dianugerahkan paten baharu untuk kepala sistem pengecas magnetik pada 4 April lalu. Paten ini telah difailkan pada bulan September 2017. Antara inovasi yang dipatenkan ialah kabel akan memberikan isyarat haptik apabila sambungan yang betul dilakukan. Kedua sistem ini boleh mengagak saat kabel akan tertarik secara tidak sengaja dan menanggalkan sambungan sebelum peranti mengalami kerosakan.
Akhir sekali ia direka untuk digunakan pada komputer riba dan peranti mudah alih tidak seperti MagSafe yang hanya digunakan pada MacBook.Mengapa MagSafe tidak diteruskan adalah soalan yang kerap disoal. USB-C dan Lightning memberikan kadar pemindahan data dan kuasa yang lebih pantas. Dua tahun yang lalu mereka mempatenkan penyesuai MagSafe ke USB-C yang sehingga kini masih belum dilancarkan sebagai produk sebenar.
Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna produk akan dihasilkan. Malahan kami berharap Apple ada komited kepada penggunaan USB-C pada kesemua produk bagi memudahkan pengguna membeli satu jenis pengecas sahaja.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2G3L0xg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment