Hi! Welcome Back and Stay Tune! Windows 10 Mengubah Cara Pengendalian Storan USB – Data Lebih Selamat Walaupun Storan Dikeluarkan Secara Tidak Sengaja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Windows 10 Mengubah Cara Pengendalian Storan USB – Data Lebih Selamat Walaupun Storan Dikeluarkan Secara Tidak Sengaja

Pengguna Windows kebanyakannya sudah pun mengetahui cara mengeluarkan pemacu USB daripada komputer. Namun ada beberapa ketika, pengguna terlupa mengikuti langkah yang sepatutnya dan akhirnya mengakibatkan sejumlah kerosakan data. Namun perkara ini mungkin berubah apabila Microsoft mengubah cara pengendalian storan USB pada kemaskini terbaru Windows 10.

Microsoft dilihat telah memperkenalkan polisi baru yang dinamakan sebagai “Quick Removal” pada tetapan storan USB ini. Ia merupakan polisi alternatif kepada tetapan “Better Performance” yang telah digunakan pada Windows sebelum ini. Kedua-dua tetapan ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri, jadi pengguna boleh mengubahnya mengikut keselesaan.

Tetapan “Better Performance” ini membolehkan Windows mengawal penghantaran data dan operasi storan, sekaligus meningkatkan kelancaran storan ini beroperasi. Perkara ini termasuk dari segi perlaksanaan data caching, yang sering digunakan ketika proses penghantaran, pembukaan, atau persediaan sesuatu fail.

Bagi tetapan “Quick Removal”, ia tidak lagi menawarkan proses data caching, sekaligus membuatkan proses pengendalian sedikit lambat. Namun kebaikannya, storan USB kini boleh dikeluarkan dengan lebih selamat, walaupun tidak mengikuti proses “Safely Remove Hardware”.

Tetapi bagi anda yang ingin kembali ke tetapan “Better Performance”, anda boleh menuju ke File Explorer dan lihat label pemacu USB (seperti D: atau E:).

Kemudian, klik kanan pada butang Start > buka Disk Management > klik kanan pada label storan pilihan > dan pada klik Properties. Pada tetingkap Policies, klik pada “Better Performance” untuk mengubah tetapan ini.

Jadi bagi anda yang risau dengan kerosakan data ketika pemacu USB dikeluarkan secara tidak sengaja, anda boleh kekal dengan tetapan “Quick Removal” ini. Ia telah diaktifkan secara serta-merta pada kemaskini terbaru Windows 10 versi 1809, jadi anda tidak perlu mengubah sebarang perkara. Tetapan ini dilihat lebih baik digunakan kerana ia selamat dan mampu melindungi data dengan lebih sempurna.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Ukcgk7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.