Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bas Elektrik Terpanjang Di Dunia K12A Dilancarkan Dengan Kapasiti 250 Penumpang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bas Elektrik Terpanjang Di Dunia K12A Dilancarkan Dengan Kapasiti 250 Penumpang

Jalan penyelesaian paling bijak untuk mengurangkan kesesakan jalan raya ialah dengan menggunakan pengangkutan awam. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan bas dan sistem kereta api yang saling berkait antara satu sama lain. Di negara yang tidak mahu berbelanja lebih, sistem BRT digunakan. Bas diberikan laluan khas seperti kereta api tanpa halangan dari kenderaan lain.

BYD Auto sebuah syarikat pengeluar dari China telah melancarkan K12A, bas elektrik terpanjang di dunia mereka yang mampu membawa sehingga 250 penumpang serentak.  K12A sepanjang 27 meter ini mempunyai tiga “gerabak” dan hampir dua kali ganda lebih panjang dari bas biasa. Dengan sekali caj ia mampu bergerak sehingga 300 kilometer dengan kelajuan maksimum 70 km/j.

Pihak BYD mensasarkan penggunaan  K12A pada sistem BRT seperti yang boleh ditemui di Subang Jaya. Bagi memudahkan operasi,  K12A boleh berfungsi dengan dua ataupun empat roda apabila diperlukan. Disamping itu ia boleh dicas menggunakan sistem AC dan DC.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2G7q2wz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.