Hi! Welcome Back and Stay Tune! Honda, Kawasaki, Suzuki Dan Yamaha Bersetuju Menyeragamkan Bateri Dan Sistem Pengecas Untuk Motosikal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Honda, Kawasaki, Suzuki Dan Yamaha Bersetuju Menyeragamkan Bateri Dan Sistem Pengecas Untuk Motosikal

Di zaman awal telefon mudah alih, setiap pengeluar menggunakan kepala pengecasan yang berbeza. Ini menyukarkan pengguna mencari aksesori atau mengecas peranti ketika di rumah teman. Pada tahun 2009, majoriti pengeluar bersetuju menyeragamkan pengguna port mikro USB pada peranti dan kini digantikan pula dengan USB-C. Penyeragaman ini memudahkan pengguna dan mengurangkan kos pengeluar menghasilkan kepala pengecas berbeza.

Penyeragaman standard seterusnya akan dilihat di dalam industri motosikal elektrik. Honda, Kawasaki, Suzuki dan Yamaha telahpun bersetuju untuk menubuhkan konsortium yang menggunakan sistem bateri dan pengecas untuk motosikal elektrik keluaran mereka. Empat nama besar dunia kenderaan dua roda ini akan menggunakan sistem bateri yang boleh ditanggalkan. Pemilik boleh menggantikan bateri dengan pantas di stesen pengecas tanpa perlu menanti bateri dicas semula.

Stesen pengecas juga akan menggunakan standard pengecasan serta kepala pengecas yang sama. Pengguna boleh pergi ke kesemua stesen pengecas di Jepun tanpa perlu risau motosikal yang digunakan tidak boleh dicas. Dengan kewujudan konsortium baharu dengan pengeluar terbesar, penyeragaman sistem pengecasn motosikal elektrik akan dapat dilakukan pada peringkat global dengan lebih mudah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2IjuJpp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.