Fungsi Google Assistant Mula Memaparkan Iklan Pada Hasil Carian
Google Assistant merupakan sebuah pembantu maya dengan sejumlah perkara menarik di dalamnya. Pengguna boleh mendapatkan maklumat am, mengetahui keadaan trafik semasa, mahupun membuat tempahan hotel di dalamnya. Dengan penggunaan yang meluas, Google nampaknya mula menyajikan paparan iklan pada hasil carian yang dibuat oleh pengguna.
Perkara ini dapat dilihat selepas Google mengumumkan fungsi dan paparan baru untuk Google Assistant ini. Perubahan ini bukan sahaja membawa penambahbaikan dari segi visual dan elemen interaktif – tetapi turut membawakan fungsi iklan seumpama carian pada laman web Google.
Google sebenarnya telah mula menguji fungsi ini bermula Febuari kepada sejumlah pengguna yang terpilih. Ia dilihat ingin menambahbaik pengalaman pengguna, terutama bagi ingin membuat sesuatu tempahan daripada halaman pihak ketiga.
Jadi bagi anda yang gemar menggunakan fungsi Google Assistant, anda akan dapati paparan iklan ini akan terpapar pada sejumlah carian yang dilakukan. Paparan ini dapat dikeluarkan dengan mudah apabila anda membuat carian mengenai hotel atau sewaan sesuatu perkhidmatan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2WR8Ge4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment