NVIDIA GeForce MX250 Diperkenalkan Dalam Dua Variasi – 10 Watt & 25 Watt
Pengeluar komputer riba nampaknya mula menawarkan peranti mereka dengan GPU terbaru NVIDIA daripada iaitu GeForce MX250. Ia merupakan GPU kelas permulaan yang membolehkan pengguna melakukan tugasan yang lebih intensif berbanding bergantung kepada GPU terbina. Namun model GPU ini nampaknya tidak hadir dalam satu variasi sahaja, tetapi dua variasi dengan jumlah watt yang berbeza.
GeForce MX250 merupakan model GPU yang akan menggantikan GeForce MX150. Ia dilihat masih membawakan keupayaan grafik seumpama model terdahulu, dengan sedikit peningkatan kelajuan dari segi clock speed. Dengan peningkatan ini, ia membolehkan GPU memberi prestasi yang lebih pantas berbanding sebelumnya.
Apa yang menarik, ia telah hadir dalam dua variasi yang berbeza iaitu 10 watt dan 25 waat. GPU 10 watt dilihat dapat memberi penjimatan tenaga yang lebih baik, sekaligus dapat menawarkan ketahanan bateri yang lama. Bagi pengguna yang mahukan prestasi yang lebih berkuasa pula, variasi 25 watt dapat memberi 30% kelajuan berbanding variasi asas.
Namun begitu, watt untuk GPU ini tidak dinyatakan secara ringkas oleh pengeluar dan perlu diteliti melalui perisian khas. Pengeluar selalunya hanya menyatakan model GPU yang didatangkan, tetapi tidak memperlihatkan jenis watt yang ditawarkan pada GPU tersebut.
Jadi bagi anda yang sedang mencari komputer riba terbaru dengan GPU GeForce MX250 ini, anda mungkin boleh menunggu ulasan sesebuah model peranti untuk mengetahui jenis variasi GPU yang ditawarkan. Sekiranya anda mahir dengan pengedalian komputer, anda juga boleh mengesahkannya terlebih dahulu melalui perisian khas seperti CPU-Z.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Idpqbg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment